PELAKON Uqasha Senrose meluahkan rasa kecewa terhadap situasi membabitkan anaknya yang didakwa semakin rumit oleh pihak tertentu, termasuk suaminya, aktor Kamal Adli.
Dalam satu perkongsian terbaru di media sosial, Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, tidak menahan emosi apabila melihat anaknya dijadikan ‘peluru’ dalam pertikaian peribadi.
“Kalau masih guna anak sebagai ‘peluru’, saya tak akan berdiam diri lagi.

Uqasha terpaksa merakam momen sendiri dengan Hawra.
“Dulu tak bersungguh pun nak anak? Tak rajin muat naik video atau gambar anak?” katanya.
Uqasha turut mempertikaikan sikap pihak terbabit yang sejak kebelakangan ini kerap merakam dan memuat naik video bersama anak, seolah-olah mahu menunjuk betapa penyayangnya mereka.
Sebaliknya, kata Uqasha, dia sendiri terpaksa merakam momen bersama anak sendiri semata-mata untuk menyimpan memori berharga mereka.
“Siapa yang selalu rakam dan muat naik video awak (Kamal) dengan anak untuk tunjuk betapa penyayangnya awak?
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Uqasha Senrose dakwa Kamal Adli persiakan peluang kedua, nekad bawa haluan sendiri… “Saya dan anak nak selamatkan diri”
ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Kalau Uqasha ada pendiriannya, saya pun sama” - Kamal Adli tak mahu berpisah
“Pernah tak awak rakam saya dengan anak dan post? Saya terpaksa rakam sendiri untuk simpan memori kami,” ujarnya.
Uqasha turut menceritakan tentang situasi ketika ada perbincangan untuk mengambil barang peribadinya di rumah yang perlu ditetapkan tarikh.
“Nak ambil barang-barang saya dekat rumah pun kena booking pula? Ini memang terlalu melampau,” katanya.

Kes cerai Uqasha dan Kamal masih berjalan di mahkamah.
Sebelum ini, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 20 bulan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


