suria

Erra Fazira, Ezwan Zain berangkat tunai umrah... Hadiah istimewa buat suami

Erra Fazira dan Ezwan Zain berangkat ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan umrah pada petang Jumaat.

PELAKON Erra Fazira selamat berangkat menunaikan ibadah umrah bersama suami tercinta, Ezwan Zain pada Jumaat.

Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 51, berkata sepatutnya perjalanan ke Tanah Suci Makkah adalah hadiah kejutan buat Ezwan, namun terpaksa didedahkan lebih awal kerana perlu menguruskan pasport dan permohonan visa.

“Ini hadiah saya kepada suami. Kami pergi berdua.

Erra dan Ezwan selamat mendirikan rumah tangga pada 12 Disember lalu. 

“Sebenarnya hadiah ini adalah kejutan untuk suami, tapi saya terpaksa beritahu destinasinya kerana perlu dapatkan pasport untuk mohon visa.

“Pada awalnya saya hanya minta dia ‘block’ tarikh saja dan beritahu nak bawa ke sebuah tempat, tapi sebab tiada pilihan saya terpaksa beritahunya,” katanya dalam satu video yang dimuat naik di akaun Instagram rasmi Sinar FM pada Khamis. 

Sementara itu, Erra dalam perkongsian di InstaStory miliknya memohon doa daripada orang ramai agar perjalanannya ke Tanah Suci bersama suami dipermudahkan. 

"Doakan kami. Moga semuanya berjalan lancar dan diberkati. Mohon maaf andai ada salah dan silap di mana-mana daripada kami berdua," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Beruntungnya jadi Erra Fazira, 95 peratus majlis nikah suami rancang… “Bergerak ikut kemampuan dan tidak berlebih-lebih”

ARTIKEL BERKAITAN: Ezwan Zain tak tidur malam demi resepsi impian, Erra Fazira terharu pengorbanan suami... “Saya akan semat memori ini selama-lamanya”

Dalam perkongsian itu Erra dan Ezwan dilihat sudah berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. 

Pasangan itu dilihat mengenakan jubah berwarna hitam manakala Ezwan kelihatan kacak dengan baju Melayu warna sama.

Terdahulu, Erra selamat bernikah dengan Ezwan pada 12 Disember lalu di Rinjani Majestic, Subang selepas 11 tahun bergelar ibu tunggal.

Erra kembali mendirikan rumah tangga selamat 11 tahun bergelar ibu tunggal.

Erra sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan anggota KRU, Datuk Yusry Abdul Halim. Namun, mereka bercerai pada 2006 selepas tiga tahun berkahwin dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Beliau kemudian berkahwin dengan usahawan, Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, sebelum berpisah pada 2014.

Manakala Ezwan pula sudah lapan tahun bergelar duda dan mempunyai seorang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain