suria

[V] “Belum ada sebarang tindakan” – Atu Zero minta Sharif datang jumpa ibu, minta ampun

PELAWAK Atu Zero memberitahu dia masih belum bertemu abangnya, Sharif yang akhirnya tampil membuat kenyataan untuk menurunkan ego dan memohon maaf.

Atu atau nama sebenarnya Sharif Kunal Dol Sharif, 33, berkata dia juga mengharapkan berlaku pertemuan tersebut, namun masih belum nampak sebarang tanda ke arah itu.

“Dia tidak menghubungi saya. Dialah yang kena datang jumpa sebab dia yang buat salah. Mungkin dia baru menyampaikan hasrat, namun tiada sebarang tindakan lagi.

Atu terbuka untuk berjumpa Sharif. 

“Saya juga berharap dia datang berjumpa demi kebaikan semua. Setakat ini tiada sebarang tindakan, jadi saya tidak mahu komen lanjut,” katanya kepada mStar.

Atu berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Sharif sebelum ini yang sedia meminta maaf bagi menamatkan persengketaan antara mereka.

Menyambut baik hasrat abangnya itu, Atu bagaimanapun turut meminta Sharif memohon maaf kepada ibu mereka atas apa yang telah berlaku sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Rindu nak berkumpul, Sharif Zero sanggup turun ego mohon maaf… Jumpa Atu tapi tidak dapat bertegur 

ARTIKEL BERKAITAN: Sharif Zero mengelak jumpa, Atu dah lama pendam perasaan... Dakwa duit antara punca perbalahan

“Datang jumpa mak. Kalau mak maafkan, saya pun maafkan.

“Saya pun kenalah maafkan, jika tidak lambat masuk syurga,” ujarnya.

Dalam masa sama, dia meluahkan rasa gembira apabila Sharif sendiri berpendirian untuk mengadakan pertemuan dan memohon maaf.

Dialah yang kena datang jumpa sebab dia yang buat salah

ATU ZERO 

PELAWAK 

Baginya, sengketa yang mungkin akan terlerai itu boleh dijadikan contoh terbaik kepada umum.

“Saya gembira bila dia keluarkan kenyataan itu. Ia perkara bagus dan boleh jadi contoh kepada orang-orang yang mungkin bergaduh sesama adik-beradik.

“Saya juga rindu nak berkumpul satu keluarga. Tetapi kalau berkumpul untuk sakitkan hati, saya tidak rindu,” luahnya.

Sharif sebelum ini meluahkan hasrat untuk bertemu Atu dan memohon maaf. 

Difahamkan kemelut dua beradik ini berpunca daripada ketelanjuran kenyataan Sharif dalam satu podcast mengenai kisah hidup adiknya iaitu Atu yang hampir terjerumus dalam aktiviti penyalahgunaan dadah akibat salah memilih kawan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain