suria

Penangan pengantin baharu... Erra Fazira, Ezwan Zain dihujani tawaran kerja bersama

Erra (kanan) mengakui kini lebih banyak menerima tawaran kerja bersama suami.

PELAKON dan penyanyi Erra Fazira tidak menafikan dia dan suaminya, Ezwan Zain menerima tawaran kerja bersama sejak mendirikan rumah tangga pada 12 Disember lalu. 

Kata Erra atau Fazira Wan Chek, 52, perjalanan kerjayanya masih berjalan seperti biasa, namun ada pihak tertentu menyatakan hasrat agar dia tampil bersama suami dalam tugasan yang ditawarkan.

"Tugasan (kerja) saya berjalan seperti biasa tetapi kadang-kadang ada permintaan untuk bersama suami. 

Erra (kanan) bersyukur dengan rezeki diterima selepas berkahwin.

"Setakat ini saya rasa jemputan kerja untuk kami berdua kerana vibes pengantin baru itu masih ada lagi. 

"Saya rasa tiada masalah kerana suami juga faham cara kerja saya," katanya kepada mStar.  

Dalam pada itu, Erra meluahkan rasa penghargaan kerana dipilih sebagai tetamu khas bagi pelancaran premis pertama Cluck’n Cone yang diadakan di Jalan Changkat, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Jumaat. 

ARTIKEL BERKAITAN: Perkongsian buah zuriat hanya gurauan, Erra Fazira tak rancang hamil… “Kalau dia nak anak kena kahwin dengan orang muda”

ARTIKEL BERKAITANNiat berniaga bukan kejar kekayaan, suami Erra Fazira impi bina sekolah khas untuk fakir miskin

Menurut pelakon filem Sembilu itu, dia percaya seri 'pengantin baharu' menjadi faktor mereka menerima tawaran kerjasama daripada pelbagai pihak.

"Mungkin mereka (peniaga) mahukan vibes pengantin baru. Jadi mereka mahu kami berdua. 

"Banyak juga permintaan (tawaran) untuk kami bekerjasama.  

Mungkin mereka mahukan vibes pengantin baru, jadikan mereka mahukan kami berdua. 

ERRA FAZIRA

PELAKON & PENYANYI

"Syaratnya kena dua-dua (suami isteri) bersetuju tanpa paksaan. Jika ia memberi manfaat rasanya tak salah," ujarnya. 

Dalam masa sama, Erra turut melihat penglibatan untuk mempromosi sesebuah produk sebagai satu bentuk sokongan terhadap perniagaan tempatan khususnya jenama Bumiputera.

Tambahnya, selagi tawaran yang diterima membawa kebaikan dan dipersetujui bersama, dia tidak mempunyai sebarang halangan untuk terus bekerjasama dengan suami.

Erra (dua dari kiri) dan Ezwan melancarkan pembukaan premis pertama Cluck’n Cone.

"Saya rasa bertanggungjawab juga untuk memberi sokongan terhadap perniagaan produk lokal. Kalau kita lihat nama restoran ini namanya macam jenama antarabangsa tetapi siapa sangka ia adalah produk tempatan. 

"Alhamdulillah ini juga perniagaan Bumiputera. Saya bertanya dengan suami dan dia okay saja. Disebabkan itu kami memberi kerjasama," katanya. 

Cluck'n Cone merupakan jenama Malaysia dan milik seratus peratus Muslim yang mengetengahkan konsep 'grab-and-go' dengan menawarkan ayam goreng dalam bentuk kon. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain