suria

Dr Afifah pindah rumah baru, lengkapkan kediaman dengan barang terpakai

Afifah pertama kali berkongsi rumah baharunya.

BEKAS isteri kepada Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek memaklumkan dirinya sudah berpindah di sebuah rumah baharu yang selesa bersama anak-anak.

Dr Afifah atau lebih mesra dengan disapa Dr Fie berkata, dia kini sedang sibuk mengemas dan melengkapkan rumah baharunya itu. 

Malah dia juga bersedia memenuhi rumahnya dengan barang terpakai.

Afifah terima sokongan daripada orang ramai.

"Saya baru sahaja berpindah ke rumah sewa baharu dan sedang perlahan-lahan mengemas serta melengkapkannya.

"Jika ada sesiapa yang mempunyai barangan rumah terpakai dalam keadaan baik seperti meja solek, permaidani, televisyen, kerusi meja makan dan sebagainya, sila kongsikan di sini," katanya menerusi hantaran di Thread.

Menurutnya, dia juga menerima pelbagai kata sokongan daripada orang ramai dan mengakui sedang berada di fasa membina kekuatan.

"Ada yang menasihatkan supaya tag Fie macam-macam, minta jadi kuat dan bina harta sendiri. Terima kasih. Saya kayuh perlahan-lahan," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Afifah terkejut Nubhan tak hadir prosiding sulh… Mohon kerjasama bekas suami untuk persiapan sekolah anak, dakwa tiada tempat tinggal

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Fie bongkar kisah hadiah kereta dan rumah milik bersama Nubhan - “Agaknya kahwin pun content”

Sebelum ini, kemelut rumah tangga Nubhan kembali menjadi perhatian apabila Dr Afifah mendakwa bekas suaminya itu mencampak keluar barang-barang peribadi dari kediaman milik Nubhan semasa sedang melancong ke luar negera.

Untuk rekod, Nubhan mendirikan rumah tangga dengan Dr Afifah pada 29 Ogos 2015, namun disahkan bercerai talak dua pada Disember lalu selepas melalui prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya, 9, Ahmad Aafan, 7, dan Afzan Nayille, 4 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain