suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki sebar berita palsu tuduh tak boleh hamil, Zara Zya mohon jangan layan... “Dia tak sihat”

Zara sifatkan inidvidu tersebut tidak sihat.

PELAKON Zara Zya menyeru peminat agar tidak memberi perhatian kepada seorang individu yang menyebarkan khabar angin mengenai dirinya di media sosial.

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 40, berkata dia sudah lama menyekat individu berkenaan kerana berasa terganggu dengan tindakan yang dilakukan.

“Kesayangan, saya mohon jangan layan dia itu. Dah lama saya sekat dia sebab saya rasa terganggu,” katanya menerusi satu hantaran di Threads.

Zara tenang layan kerenah peminat tak sihat.

Menurut Zara, dia tidak mengenali individu terbabit secara peribadi namun sering menerima mesej gangguan daripadanya.

Malah, aktres berkenaan turut memohon agar orang ramai memaafkan individu tersebut kerana menyifatkan keadaan mentalnya tidak sihat.

“Saya pun tak kenal dia dan saya tidak pernah membalas DM daripada dia yang seolah-olah ada perbualan dengan saya. Dia tak sihat, maafkanlah dia,” luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebahagian buah pinggang dah buang, Zara Zya tenang berdepan ujian... Kini tetap aktif kerja

ARTIKEL BERKAITAN: Zara Zya hidap kanser tahap satu… Hidung kerap berdarah, cepat penat

Sebelum ini, seorang pengguna Threads menjadi perhatian apabila menyebarkan dakwaan tidak berasas mengenai tahap kesihatan Zara.

Individu terbabit turut mendakwa aktres itu tidak mampu menjadi isteri sempurna serta membuat tuduhan melampau berkaitan keupayaannya untuk hamil. 

Rata-rata peminat tampil mempertahankan Zara dan menasihati lelaki tersebut agar berhenti menyebarkan fitnah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain