suria

Kecaman buat Zara Zya lebih kuat, ucap terima kasih atas doa peminat

Zara berlapang dada terima komen di media sosial.

SELEPAS berkongsi tentang masalah kesihatan yang dialami, pelakon Zara Zya tidak dapat lari daripada komen-komen kurang senang daripada sesetengah pihak.

Berbesar hati menerima setiap kecaman terhadap dirinya, Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 40, menganggap ia sebagai satu semangat untuk menjadi lebih kuat.

“Kepada yang memilih untuk mengecam atau mendoakan sebaliknya, terima kasih juga.

Luahan Zara di Threads. 

“Semuanya mengajar saya untuk menjadi lebih kuat, tenang dan berserah,” katanya.

Zara menulis perkara tersebut dalam akaun Threads miliknya pada Rabu.

Dalam masa yang sama, pelakon ini turut mengucapkan penghargaan kepada semua atas sokongan dan doa yang diberikan ketika berdepan ujian.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki sebar berita palsu tuduh tak boleh hamil, Zara Zya mohon jangan layan... “Dia tak sihat” 

ARTIKEL BERKAITAN: Sebahagian buah pinggang dah buang, Zara Zya tenang berdepan ujian... Kini tetap aktif kerja

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan saya dan menghadiahkan kata-kata semangat.

“Doa anda semua amat bermakna,” ucapnya.

Sebelum ini, Zara berkongsi bahawa dia disahkan menghidap renal cell carcinoma atau kanser buah pinggang tahap satu.

Menurut pelakon ini, dia sudah menjalani pembedahan tahun lalu dan kini masih perlu mengambil ubat selain menjalani pemeriksaan berkala.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain