PENULIS novel, Ain Maisarah memberitahu bukan mudah untuk melepaskan karya tulisannya dijadikan sebuah drama adaptasi.
Menurut Ain, kebimbangan utama adalah bagaimana sesebuah karya yang diadaptasi mampu mengekalkan keaslian seperti yang digambarkan dalam buku.
“Satu yang pasti, drama Impiana: Karma ini tidak sama, tidak klise macam drama lain. Ia ‘laju’ dan simpan banyak plot yang berangkai-rangkai.

Pemilihan pelakon yang tepat perlu diambil kira bagi tidak menghampakan imaginasi pembaca novel.
“Kalau mahu komen, nanti dulu. Tahan dulu tangan daripada komen-komen netizen.
“Impiana: Karma adalah satu percubaan mengubah pola, cara penonton-penonton di Malaysia untuk menyaksikan drama-drama seterusnya. Ini adalah satu percubaan berani yang berbeza. Jadi kena sokong," katanya.
Ain turut menyentuh tentang ketakutan dan sensitiviti yang sering wujud dalam kalangan penulis novel apabila karya mereka diadaptasi ke medium lain.
ARTIKEL BERKAITAN: Peminat novel mahu boikot drama ‘Thariq Ridzuwan’, dakwa pengarah bersikap angkuh... "Rasa ‘turn off’ nak tengok"
ARTIKEL BERKAITAN: Filem ‘Oppa’ adaptasi kisah benar, angkat kesedaran tentang jenayah ‘love scam’
Dalam masa sama baginya pemilihan pelakon juga amat penting agar tidak menghampakan imaginasi pembaca novel.
“Ketakutan dan sensitiviti antara penulis-penulis novel ataupun pemain-pemain industri buku adalah mereka takut kalau pergi adaptasi, ia nanti jadi lain. Kalau pergi adaptasi ini sudah tidak sama, vibe berbeza dan lebih lagi sukar bila setiap pembaca mempunyai bayangan yang berbeza.
“Bila ada yang baca dibayangkan watak hero handsomenya macam K-pop. Kalau tidak macam Melayu sawo matang yang macho. Jadi berbeza-bezalah semua bayangan bila baca satu novel.
“Sebab itu adaptasi novel kepada drama memang sesuatu yang sangat kompleks. Tapi mungkin kali ini risiko itu terkawal kerana yang nak merealisasikan ini pembaca juga,” ujarnya.
Tambah Ain Maisarah, faktor inilah yang menjadikan adaptasi novel ke drama sesuatu yang sangat kompleks.

Impiana: Karma ditayangkan menerusi slot DramaVaganza di Astro Ria.
Namun, penulis berkenaan percaya risiko kali ini lebih terkawal kerana individu yang merealisasikan drama tersebut juga merupakan pembaca karya asal.
“Saya sifatkan ini peluang istimewa apabila melihat buku direalisasikan (drama). Jadi ia macam ada satu syarikat yang menunaikan impian kami pula,” jelasnya.
Dibintangi oleh Tiz Zaqyah, Juliana Evans, Ezzanie Jasny, Yuna Rahim, Adriana Adnan dan Sharifah Haneesya, siri Impiana: Karma ditayangkan menerusi slot DramaVaganza di Astro Ria setiap Rabu dan Khamis pukul 9 malam.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


