suria

Hebat perjalanan hidup ZRA, ‘throwback’ kisah jadi gangster Chow Kit sampai berjaya jejak kaki ke Palestin

ISTIMEWA Flashback kali ini akan mengimbau perjalanan kehidupan bekas wartawan dan aktivis Zainal Rashid Ahmad (ZRA) sebelum menceburi bidang kewartawanan dan penyiaran.

Memulakan karier sekitar tahun 1990 sebagai wartawan, Zainal Rashid Ahmad atau mesra panggila ZRA, 59, mendedahkan dia sebelum itu pernah memasuki dunia kongsi gelap selepas tamat persekolahan.

Menurut ZRA, dia pernah melihat beberapa sisi gelap sehingga muncul kesedaran bahawa pekerjaan itu kurang sesuai dengan dirinya.

“Saya pernah ada cita-cita untuk jadi gengster bila datang ke Kuala Lumpur bila menetap di jalan Chow Kit, saya bekerja dengan orang sangat terkenal iaitu Kamal Batu Kurau dan Mail Kerbau… kemudian ada kejadian gelap membuatkan saya sedar pekerjaan ini kurang sesuai dengan saya.

“Saya membesar di Alor Setar, Kedah dalam kawasan yang penuh dengan perkauman malah pernah dibuang sekolah kerana terlibat dengan pergaduhan kaum dan kecederaan besar, jadi keluarga mangsa buat laporan polis.

“Saya pernah diburu polis jadi kawan nak selamatkan saya daripada ditahan, jadi mereka (kawan) bawa ke Kuala Lumpur, hidup saya tidak menentu selama enam tahun sehingga Nasir Jani mengambil saya jadi kru filem,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, ZRA kini sedang giat mempromosikan filem The Voice Of Hind Rajab yang diarahkan oleh pengarah wanita iaitu Kaouther Ben Hania.

Filem mengisahkan mengenai semangat kemanusian dan perjuangan rakyat Palestin ini mula ditayangkan pada 8 Januari lalu di semua pawagam Malaysia.

“Filem ini sangat bagus untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat dan keluarga meskipun dihasilkan dalam bahasa Arab tapi dapat memupuk semangat buat anak-anak malah filem ini bukan tentang Palestin saja,” luahnya.

TONTON VIDEO PENUH FLASHBACK YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi