suria

Tak mahu jadi ‘racun’, 4 anggota kumpulan VE ambil keputusan undur diri

Empat anggota Ve mengumumkan pengunduran mereka daripada kumpulan tersebut.

SUSULAN kemelut yang melanda VE sejak kebelakangan ini, empat anggotanya iaitu Adeeb Nahar, Cham, Fakhiz dan Hakim mengumumkan pengunduran mereka daripada kumpulan tersebut.

Adeeb yang terkilan dengan kemelut yang berlaku berkata, dia sudah tidak mahu dikaitkan lagi dengan nama kumpulan tersebut selepas ini.

"Saya anggap sebagai sesuatu perkara hebat apabila dijemput berada dalam VE pada tahun 2018 tetapi dengan apa yang terjadi saya isytihar untuk keluar daripada kumpulan ini.

"Saya tidak mahu dikaitkan dengan nama kumpulan itu lagi.

WhatsApp Image 2022-12-05 at 5.50.46 PM

Adeeb Nahar, Cham, Fakhiz dan Hakim enggan lagi dikaitkan dengan VE.

"Kami tidak mahu menjadi racun dalam kumpulan itu. Kalau keberadaan kami tidak disenangi jadi kami undur diri," katanya.

Perkara itu diumumkan oleh Adeeb ketika ditemui pada sidang media tergempar yang diadakan di Petaling Jaya pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah selesai GV9, Zaf minta jangan guna lagi nama VE... Kesal dipinggirkan sebagai ketua kumpulan

ARTIKEL BERKAITAN: Lah Ahmad hormat kelantangan Damian Mikhail kritik V.E. tapi jangan sampai hentam!

Dalam pada itu, keputusan berkenaan turut disokong oleh Cham, Hakim dan juga Fakhiz yang turut mengambil langkah sama bagi mengakhiri kemelut yang melanda mereka sebelum ini.

Kata Cham, keputusan tersebut sukar dibuat lebih lagi apabila mereka berempat telah memainkan peranan penting dengan bertanding di Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) sepanjang 11 minggu menggunakan nama VE.

"Saya sayangkan kumpulan VE ini dan apabila berpeluang beraksi bersama di pentas GV bersama Cham, Akim dan Fakhiz saya rasa kami semua telah memainkan peranan masing-masing.

Kami tidak mahu menjadi racun dalam kumpulan itu. Kalau keberadaan kami tidak disenangi jadi kami undur diri.

ADEEB

PENYANYI

"Namun keputusan ini terpaksa dibuat... Kita semua sudah dewasa dan matang jadi berhenti berperangai seperti kebudak-budakkan," katanya lagi.

Sebelum ini, Zaf selaku ketua kumpulan yang juga ahli asal VE memberi saranan agar mereka yang terbabit dalam GV9 agar bergerak dengan menggunakan nama baharu.

Jelasnya, tindakan ini dilakukan bukan untuk mengeruhkan keadaan namun bertujuan menjaga hubungan silaturahim antara mereka sekali gus mengelakkan kekeliruan dalam kalangan peminat.

Untuk rekod, anngota asal VE adalah Zafri Nazaruddin (Zaf), Abdullah Ahmad (Lah), Shahrin Azmir (Shah), Damian Mikhail (Damian) dan Charma Adizalilullah Khalil (Cham).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain