suria

Lah Ahmad hormat kelantangan Damian Mikhail kritik V.E. tapi jangan sampai hentam!

Lah Ahmad beri sokongan kepada kumpulan VE di Gegar Vaganza 9.

PENYANYI Lah Ahmad tidak melihat kelantangan bekas anggota V.E. iaitu Damian Mikhail mengkritik kumpulan berkenaan sebagai satu kesalahan namun ia perlu dibuat secara berhemah agar tidak menyakiti mana-mana pihak.

Lah atau Abdullah Ahmad, 42, berkata, sebagai individu yang pernah bersama-sama menaikkan nama V.E. sepatutnya memberi sokongan dan komen membina apatah lagi kumpulan itu sedang bertanding menerusi program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9).

"Saya memang ambil tahu fasal kawan-kawan saya, tapi susah nak bercakap bagi pihak semua orang kerana kita tidak mewakili mereka.

"Sebab itu saya bergerak sendiri kerana kalau saya buat salah, saya sendiri kena tanggung... itu buat saya puas hati.

Lah Ahmad selesa bergerak solo.

"Tapi bagi saya, kalau nak komen beri yang membina sikit, nak bertahan lama dalam industri ini jangan sesuka hati komen menghentam. Industri kita ini kecil sahaja, pusing-pusing akan berjumpa," katanya.

Lah berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pengumuman Konsert 25 Years Lah Ahmad yang diadakan di Petaling Jaya pada Rabu.

Terdahulu, Damian dilihat lantang bersuara mengkritik kumpulan itu di media sosial secara terbuka.

ARTIKEL BERKAITAN: GV9 jadi pentas VE lepas geram, ucap terima kasih kalau ada anggap mereka saingan hebat

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami nak fight dengan Jaclyn Victor” - VE janji persembahan mingguan di pentas GV9 setaraf konsert

Damian juga tidak bersetuju penglibatan penyanyi legenda dalam program realiti dan mengharapkan elaun mingguan selain diminta melakukan persembahan lari daripada jenama asal seseorang artis berkenaan.

Penyanyi dan komposer itu memberitahu, golongan ini seharusnya sibuk mengadakan konsert, persembahan siaran langsung selain menghasilkan single dan album untuk peminat.

Dalam pada itu, Lah menjelasakan V.E. layak membawa nama kumpulan tersebut di pentas seperti GV9 dan sentiasa memberi sokongan terhadap perjuangan mereka dalam pertandingan berkenaan.

Sebagai penyanyi berkumpulan tidak senang nak menyanyikan lagu orang lain dan kerana itu saya menghormati mereka.

LAH AHMAD

PENYANYI

Lah berkata, meskipun barisan anggot kumpulan itu bukan kesemua ahli asal namun melihat mereka mempunyai keserasian yang baik.

"Mereka layak bawa nama itu dan mereka juga ada keserasian serta keakraban yang baik. Buat V.E. saya doakan yang terbaik, mereka memang best sebab dapat buat dengan baik setiap minggu persembahan, ia bukan perkara mudah.

"Sebagai penyanyi berkumpulan tidak senang nak menyanyikan lagu orang lain dan kerana itu saya menghormati mereka," katanya.

Lah Ahmad beri sokongan kepada VE di GV9.

Tambah Lah, dia turut menonton GV9 bahkan mereka pernah menghubunginya untuk bersama pada minggu duet program berkenaan namun terpaksa ditolak disebabkan pelanggaran jadual.

Sementara itu, bercakap mengenai Konsert 25 Years of Lah Ahmad, penyanyi R&B itu bersyukur apabila maklum balas diterima daripada peminat cukup memberangsangkan malah tiket yang belum terjual hanya berbaki 17 tempat.

Jelas Lah, konsert itu diadakan bagi meraikan dirinya menceburkan diri dalam bidang muzik selain bakal menyanyikan 20 buah lagu termasuk karya yang pernah popular bersama V.E. sebelum ini.

313810788_499559885552104_5286971102656301867_n

Lebih menarik, sebagai penghargaan kepada peminat, Lah bakal melancarkan album terbaharunya berjudul Jatuh dan ia akan dijual pada konsert itu nanti.

Persembahan istimewa itu bakal berlangsung di Stage 1 Theathre, PJPac, One Utama E, Petaling Jaya pada 28 Januari 2023.

Tiket dijual pada harga RM120 (Adinda), Ayu (RM190) dan Sempurna & Terbaik (RM330) dan boleh dibeli menerusi laman web One Tix.

Peminat yang membeli tiket kategori Sempurna & Terbaik turut mendapat sesi meet and greet berserta album terbaharu Lah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain