suria

Dituduh sebar fitnah dipukul Afiq Muiz, Pachara Apin tampil bukti bergambar dan laporan polis

Pachara dedah laporan polis dan kesan lebam di badan.

SUSULAN dituduh menyebarkan fitnah terhadap suami sendiri iaitu Afiq Muiz, Pachara Apin tampil mendedahkan bukti laporan polis dan kecederaan dialami yang didakwa perbuatan aktor berkenaan.

Pachara menerusi laporan polis pada 14 Mei 2021 mendakwa Afiq menampar bahagian mukanya sebanyak lima kali selain menendang perut dan menumbuk dagunya masing-masing sebanyak dua kali.

Pachara dedah laporan polis dan kesan lebam.

"Saya ada membalas pukulan untuk pertahankan diri dengan menampar dan menggigit tangan kanan suami saya.

"Akibat kejadian itu, saya mengalami sakit di muka, tangan sebelah kanan dan perut.

"Setiap minggu dipukul suami menyebabkan jari manis kiri patah dan retak tulang kaki kiri," katanya dalam laporan yang dibuat di Balai Polis Sri Damansara, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: Afiq Muiz buat laporan polis selepas isteri dakwa kaki pukul... Aishah Azman pula minta kakak ipar jangan reka cerita!

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri ambil masa setahun kenali Islam sebelum terima Afiq Muiz

Pachara atau nama Islamnya Nur Aaira Mahdeya mendedahkan perkara itu menerusi hantaran di Facebook miliknya pada Rabu.

Menerusi hantaran sama, Pachara turut memuat naik beberapa foto menunjukkan kecederaan dialami selain beberapa bukti perbualan dipercayai dengan ahli keluarganya.

Dalam pada itu, Pachara memberitahu dia tidak lagi akan berdiam diri dan akan mengheret Afiq ke muka pengadilan atas perbuatannya.

Kamu gunalah bakat lakonan kamu dan silakan raih drama yang kamu tak dapat kawal.

PACHARA APIN

ISTERI AFIQ MUIZ

"Saya akan minta bantuan profesional dan Tuhan akan lindungi saya.

"Kamu gunalah bakat lakonan kamu dan silakan raih drama yang kamu tak dapat kawal sendiri. Kamu pukul saya. Kamu jawab nanti depan Tuhan," katanya.

Mengulas mengenai campur tangan keluarga Afiq, Pachara mendakwa kehadirannya memang tidak disenangi oleh keluarga aktor tersebut mendakwa disebabkan dia lahir dalam keluarga bulan Islam dan tidak berduit.

Antara kesan lebam dipercayai di tubuh Pachara.

Malah Pachara turut menuduh keluarga Afiq gemarkan perhatian serta mata duitan.

"Sejak kahwin lagi memang saya dibenci sebab dilahirkan sebagai Kristian... orang Sabah lagi.

"Bukan famous dan tidak kaya, sekarang tak mengaku pula. Bapa dan ibu angkat saya orang Islam tak pernah ajar seperti itu. Satu keluarga minta perhatian, mata duitan," katanya.

Tambahnya, pihak keluarga Afiq terus menerus membuat cerita dengan melemparkan pelbagai tuduhan demi mendapat kepercayaan pengikut mereka.

Pachara tegas bawa isu ini ke muka pengadilan.

"Reka cerita tak habis-habis lepas itu tuduh saya macam-macam. Kamu rasa pengikut kamu akan bawa kamu masuk syurga?" ujarnya.

Menerusi kenyataan di Instagram pula, Pachara memberita masih banyak rahsia tentang sikap buruk adik-beradik aktor tersebut yang belum didedahkan kepada orang ramai.

Bagaimanapun kata Pachara, dia enggan menyelongkar perkara itu di media sosial sebaliknya akan mendedahkan perkara itu di mahkamah kelak.

Pachara akan bawa bukti ke mahkamah.

"Banyak lagi kebodohan dan kejahilan dia dan adik-beradiknya yang saya simpan untuk mahkamah. Jangan sewenang-wenang bercakap tanpa siasat dan tunggu perbicaraan," jelasnya.

Terdahulu, Afiq atau Muhammad Afiq Muiz, 30, membuat laporan polis di Balai Polis Dengkil, Selangor selepas dituduh mencederakan Pachara.

Afiq berkata, dia akan membawa kes tersebut ke mahkamah bagi membersihkan namanya yang sudah tercalar.

Untuk rekod, Afiq dan Pachara mendirikan rumah tangga pada 2019.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain