suria

Farid Kamil terlepas hukuman 9 bulan penjara, hanya denda RM5,000

Farid Kamil perlu membayar denda berhubung kes dadah empat tahun lalu.

PELAKON dan pengarah Farid Kamil mampu menarik nafas lega apabila hukuman penjara sembilan bulan yang dikenakan terhadapnya diketepikan Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Rabu.

Farid, 41, yang sebelum ini disabitkan atas kesalahan menggunakan ganja empat tahun lalu bagaimanapun hanya perlu membayar denda sebanyak RM5,000.

Keputusan itu dibuat panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Kamaludin Md. Said selain Datuk Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk See Mee Chun.

farid 1

Farid bersama isterinya, Diana Danielle.

Mahkamah turut mengekalkan perintah pengawasan selama dua tahun sebelum ini.

Farid yang hadir ke mahkamah ditemani isteri, Diana Danielle dan adiknya, Fadzil Zahari membayar denda berkenaan.

Sementara itu, Hakim Kamaludin ketika membaca keputusan mahkamah memberitahu Mahkamah Majistret tidak memberikan penjelasan kukuh bagi menyatakan hukuman penjara sembilan bulan adalah setimpal dengan kesalahan dilakukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle bangga dengan Farid Kamil, minta netizen jangan politikkan pegang watak Anwar Ibrahim

ARTIKEL BERKAITAN: Komen positif buat Farid Kamil yakin, intai peluang tayang ‘Remp-it 2’ di Indonesia

Kamaludin memberitahu fakta ke tersebut jelas dan ia tidak menjurus kepada kesalahan terlalu serius atau berat.

Pada perbicaraan itu, Farid diwakili peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik, Kee Wei Lon dan Low Wei Loke.

farid 2

Pelakon filem Remp-it 2 ini diperintah bayar denda.

Terdahulu, Farid membuat permohonan di Mahkamah Rayuan selepas tidak berpuas hari dengan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada November 2019 yang mengekalkan keputusan Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Mei 2019 memerintahkannya menjalani hukuman penjara sembilan bulan.

Mengikut pertuduhan, Farid didakwa menggunakan dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC) pada pukul 4.30 petang, 11 Januari 2018 di Pejabat Narkotik Petaling Jaya.

Berikutan itu, Farid Kamil didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Artikel Berkaitan

Artikel Lain