suria

Komen positif buat Farid Kamil yakin, intai peluang tayang ‘Remp-it 2’ di Indonesia 

Farid Kamil merupakan pengarah, penerbit dan pelakon dalam filem Remp-it 2.

BERIKUTAN pembabitan dalam filem biopik Anwar terbitan produksi di Indonesia, pelakon dan pengarah Farid Kamil meluahkan hasrat untuk menayangkan karya arahannya, Remp-it 2 di negara berkenaan.

Farid, 41, berkata, dia yakin penonton dapat menerima karyanya itu apatah lagi menerima reaksi positif selepas berkongsi sedutan filem berkenaan kepada pengedar berpotensi di Indonesia.

"Ketika menjayakan penggambaran filem Anwar di Jakarta, saya sempat menayangkan teaser Remp-It 2 kepada mereka dan Alhamdulillah dapat reaksi positif.

"Rata-rata sukakan filem ini kerana genre permotoran tidak pernah ditayangkan di sana.

Farid Kamil teruja terima reaksi positif dari pihak Indonesia.

"Jadi apabila saya tanya sama ada Remp-It 2 ada peluang masuk pasaran Indonesia, mereka kata ia boleh diterima," katanya kepada mStar.

Perkara itu dikongsikan Farid ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem berkenaan baru-baru ini.

Dalam pada itu, Farid juga tidak menyangka tindakannya memuat naik teaser filem itu di Instagram, ramai pempengaruh media sosial bercerita mengenai perlumbaan motosikal.

ARTIKEL BERKAITAN: Impian Farid Kamil terbit filem sendiri terlaksana, ‘Remp-it 2’ buah tangan pertama selepas 16 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Siku 12: Langkah Derhaka’ ketengah seni persilatan tua Melayu, penerbit yakin dapat tarik penonton ke pawagam

Malah ramai turut membantu repost hantaran tersebut yang sedikit sebanyak memberi publisiti kepada filem berkenaan.

Sementara itu, Farid juga meluahkan rasa syukur apabila filem arahannya yang tertangguh selama 16 tahun itu berjaya terlaksana.

"Saya mengambil masa terlalu lama iaitu 16 tahun untuk sekual ini, ia disebabkan saya mahu mengumpul modal terlebih dahulu sebelum menerbitkan Remp-it 2.

67297946_2332628686989385_8065413706327423939_n

Antara babak dalam filem Remp-it 2.

"Tambahan pula, saya bukan sekadar berlakon tetapi turut menggalas tanggungjawab sebagai pengarah dan penerbit di bawah syarikat saya sendiri.

"Sejak dahulu lagi saya memang menanam cita-cita mahu terbitkan filem ini di bawah syarikat sendiri dan Alhamdulillah impian itu terlaksana," kongsinya.

Filem Remp-It 2 adalah sambungan Remp-it yang dihasilkan pada 2006 ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Cat Farish, Ahirine Ahirudin, Izzue Islam, Niezam Zaidi, dan Farez Ridzwan.

Bukan itu sahaja, ia juga penampilan sulung anaknya, Muhammad Kamil.

Ia sedang ditayangkan di pawagam sejak 24 November lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain