suria

Daddyku Gangster bukan filem ‘ganas’, sesuai buat tontonan kanak-kanak

Daddyku Gangster mengetengahkan babak aksi komedi.

PENERBIT Datuk Rosmarayu Mokhtar berkongsi filem arahan Ismail Bob Hashim, Daddyku Gangster bakal memberi kepuasan kepada penonton dengan jalan cerita yang menarik.

Rosmarayu yang mewakili D'Ayu Pictures Sdn. Bhd. berkata, melihat kanak-kanak terbiar dan tidak mempunyai ibu bapa mencetuskan idea untuknya menerbitkan filem aksi komedi ini.

"Idea untuk mencetuskan filem ini timbul apabila melihat kanak-kanak terbiar tidak mempunyai ibu bapa yang meninggal dunia.

"Selain itu, saya juga mendapat inspirasi daripada filem Hollywood iaitu Fast And Furious 8, di mana ia turut menerapkan elemen kekeluargaan, meskipun ia sarat dengan aksi," katanya kepada mStar.

daddy1 - 1

Zul Huzaimy sebagai pelakon utama.

Dalam pada itu, Daddyku Gangster menampilkan kelainan berbanding filem gangster yang lain kerana mengetengahkan elemen kekeluargaan.

Menurut Rosmarayu, apa yang lebih istimewa kerana filem ini menampilkan barisan pelakon yang hebat, termasuk Zul Huzaimy yang memegang watak utama sebagai penjaga kepada dua anak saudaranya setelah kematian abangnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Impian Farid Kamil terbit filem sendiri terlaksana, 'Remp-it 2' buah tangan pertama selepas 16 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Filem prekuel 'Mat Kilau' dalam perancangan, tapi tanpa Syamsul Yusof dan Adi Putra

"Biarpun tajuknya Daddyku Gangster, filem aksi ini sebenarnya banyak mengetengahkan babak komedi supaya ia tidak nampak seperti sebuah karya yang 'ganas'.

"Kami juga ingin pastikan ia masih dapat ditonton oleh segenap masyarakat," ujarnya.

Daddyku Gangster mengisahkan tentang Ray, iaitu seorang ketua kumpulan kongsi gelap yang gemar mencuri kereta mewah yang diseludup masuk ke Malaysia.

Daddyku Gangster mengetengahkan babak aksi komedi.

Daddyku Gangster menampilkan kelainan berbanding filem gangster yang lain.

Ray mempunyai sejarah silam dalam hubungan kekeluargaan terutama dengan abang kandungnya sendiri.

Menelan kos pembikinan kira-kira RM2.5 juta, Daddyku Gangster menampilkan barisan pelakon popular termasuk Zul Huzaimy, Adeline Tsen, Faizal Hussein, Jay Iswazir, Ridzuan Hashim, Zalif Sidek, Reen Rahim, Azri Iskandar, Vanidah Imran, Alief Irfan serta dua pelakon cilik hebat iaitu Angelica Petra, Alief Irfan dan Arryyan Petra.

Filem Daddyku Gangster akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 1 Disember 2022.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain