suria

Insiden rusuhan penjara Mako Brimob difilemkan, penerbit dedah ‘Sayap Sayap Patah’ hampir tak dapat kebenaran ditayangkan 

Pelakon utama Sayap Sayap Patah, Nicholas Saputra.

FILEM Sayap Sayap Patah yang mencetuskan fenomena di Indonesia rupa-rupanya berdepan dengan pelbagai cabaran sebelum berjaya ditayangkan di pawagam.

Penerbit filem berkenaan, Denny Siregar, 49, berkata, pihak produksi sukar mendapat keizinan daripada kerajaan negara itu memandangkan ia memaparkan kelemahan sistem kepolisian Indonesia dalam memerangi pengganas.

"Memang sukar mendapatkan kebenaran kerana ada babak dalam filem ini yang memalukan pihak polis Indonesia.

"Babak pengganas berjaya melarikan diri daripada tahan penjara yang dipaparkan menunjukkan pihak berkuasa masih lemah," katanya kepada mStar.

sayap

Denny Siregar ketika ditemui pada malam tayangan perdana filem Sayap Sayap Patah.

Denny berkata demikian ketika ditemui selepas tayangan perdana filem Sayap-Sayap Patah di Kuala Lumpur pada malam Khamis lalu.

Sayap Sayap Patah adalah sebuah kisah benar yang berlaku pada 2018 yang berkisarkan tentang rusuhan di penjara tempat para pengganas ditahan di Mako Brimod, Kelapa dua, Depok.

ARTIKEL BERKAITAN: Mat Kilau jadi benchmark! Kerajaan umum dana RM50 juta terbit filem kenegaraan

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Sharul Kamal bersuara tuntut hak sebagai pelakon utama, lega salah faham dengan produksi filem ‘Seratus’ selesai

Filem arahan Rudi Soedjarwo ini turut dibintangi barisan pelakon popular termasuk Nicholas Saputra, Ariel Tatum, Iwa K, Nugie, Edward Akbar dan ramai lagi.

Dalam pada itu, Denny berkata, kisah benar yang dipaparkan itu juga turut mendapat reaksi negatif penonton terutamanya dalam kalangan penyokong pihak pemberontak ketika itu.

Ini kerana katanya, terdapat segelintir pihak yang tidak dapat menerima kenyataan tentang fakta dipaparkan dalam filem tersebut.

sayap1

Antara barisan pelakon yang hadir bagi promosi Sayap Sayap Patah di Malaysia.

"Kami juga mendapat banyak cacian di media sosial kerana ada sesetengah tidak dapat menerima kenyataan bahawa kekejaman yang berlaku ketika itu.

"Tetapi apa yang dipaparkan adalah berdasarkan fakta kejadian hitam buat Indonesia ketika itu," jelasnya.

Untuk rekod, filem itu berjaya mendapat kutipan sebanyak RM40 juta sejak ditayangkan di Indonesia sejak Ogos lalu.

Manakala ia bakal ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia bermula 13 Oktober ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain