suria

Mat Kilau jadi benchmark! Kerajaan umum dana RM50 juta terbit filem kenegaraan 

Pelbagai inisiatif diumumkan kerajaan buat industri kreatif.

KERAJAAN menyediakan peruntukan sebanyak RM177 juta bagi terus meningkatkan pembangunan sektor industri kreatif melalui Bajet 2023 pada Jumaat.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sebanyak RM50 juta diperuntukkan sebagai Dana Penerbitan Filem Kenegaraan (DEKAN) bagi memacu industri kreatif tempatan.

Tengku Zafrul memberitahu kerajaan turut memperuntukkan RM102 juta bagi tujuan memasarkan produk penggiat seni sekaligus menggalakkan penghasilan lebih banyak karya kreatif dan malar segar.

294434597_578112403770978_715937354891800116_n

Pelbagai filem patriotik dan kenegaraan banyak dihasilkan sejak kebelakangan ini.

Kerajaan katanya turut memperuntukkan inisiatif itu bagi membantu dalam penerbitan filem berunsur patriotrik yang terbukti berjaya menambat hati penonton di pawagam.

"Bermula dengan karya seni Sarjan Hassan dan Leftenan Adnan yang digarap hebat, hinggalah ke filem Ola Bola dan Mat Kilau, semuanya memberi impak dalam mencambahkan benih cinta rakyat kepada negara," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Intipati Bajet 2023: Ini ‘goodies’ daripada kerajaan yang rakyat perlu tahu

ARTIKEL BERKAITAN: Berita baik untuk peminjam! Diskaun bayaran balik PTPTN bermula 1 November

Tidak hanya itu, bagi menyokong penggiat industri mencipta kandungan kreatif berkualiti tinggi, kerajaan turut menyumbang kepada Tabung Komuniti Filem dan Pembangunan Filem Kenegaraan di bawah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) akan diberi potongan cukai.

Kerajaan juga bersetuju mengecualikan duti import dan cukai jualan ke atas peralatan studio dan produksi penggambaran.

Manakala sebanyak RM25 juta diperuntukkan untuk mempergiatkan Program Merakyatkan Seni, Budaya dan Warisan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain