suria

‘The Sacred Riana 2: Bloody Mary’ lebih seram dan aksi mendebarkan

The Sacred Riana 2: Bloody Mary sekali lagi menampilkan Marie Antoineet Raina Graharani.

MASIH ingatkah dengan aksi seorang gadis berbaju merah, berselindung muka dengan rambut panjang, tidak bercakap dan membuat persembahan yang menyeramkan di atas pentas?

Gadis berkenaan muncul kembali dengan sekuel terbaharu berjudul The Sacred Riana 2: Bloody Mary selepas kejayaan filem The Sacred Riana: Beginning pada tahun 2019.

Miliki bakat luar biasa, filem itu sekali lagi menampilkan Marie Antoineet Raina Graharani merupakan seorang ahli silap mata dan pakar ilusi yang berjaya mencipta fenomena dalam program realiti America’s Got Talent pada tahun 2017.

The Sacred Riana 2 filem khas untuk peminat seram.

Filem seram ini mendapat sentuhan Billy Christian yang juga penulis skrip filem bersama Andy Oesman yang mengisahkan tentang Riana yang merindui patung kesayangannya iaitu Riani.

Lebih menarik apabila The Sacred Riana 2: Bloody Mary mengisahkan tentang sekumpulan pelajar yang seronok bermain sejenis permainan ritual menggunakan cermin yang akhirnya membawa padah apabila bertukar menjadi tragedi yang menghantui pelajar-pelajar berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Filem prekuel ‘Mat Kilau’ dalam perancangan, tapi tanpa Syamsul Yusof dan Adi Putra

ARTIKEL BERKAITAN: Tom Cruise bakal jadi pelakon pertama jalani penggambaran filem di angkasa lepas

Bagaimanapun, kerinduan Riana terhadap patungnya bertukar dilema apabila Riani dikatakan menjadi punca pada permainan ritual itu.

Mampukah Riana membawa patung kesayangannya itu pulang sekaligus mencari jawapan terhadap tuduhan yang dilemparkan pada patungnya itu?

KMH02865

Antara babak dalam filem The sacred Riana 2: Bloody Mary.

Filem The Sacred Riana 2: Bloody Mary dibawakan Antenna Entertainments Sdn Bhd selaku pengedar filem ini di sini bakal mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 27 Oktober 2022 nanti.

Selain Marie Antoineet, filem ini turut dibintangi Brooklyn Alif Rea, Aura Kasih, Frislly Herlinda Balqis, Prabu Revolusi, Anindhita Asmarani, Helena Kamga, Sharon Sahertian, Carolina Hattori, Armando Jordy, Shenina Cinnamon, Elina Joerg, Roweina Umboh, Aisyah Aqilah dan Ciara Nadine Brosnan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain