suria

Inspirasi ‘Fast And Furious 8’, filem ‘Daddyku Gangster’ sarat aksi dengan nilai kekeluargaan

Daddyku Gangster bakal ditayangkan pada 1 Disember depan.

MELIHAT kanak-kanak yang terbiar dan tidak mempunyai ibu bapa mencetuskan idea kepada penerbit D'Ayu Pictures Sdn. Bhd. untuk menerbitkan sebuah filem aksi komedi berjudul Daddyku Gangster.

Penerbitnya, Datuk Rosmarayu Mokhtar berkata, naskhah filem arahan Ismail Bob Hashim itu bakal memberi kepuasan kepada penonton dengan jalan cerita menarik serta sarat elemen kekeluargaan.

"Idea mencetuskan filem ini timbul apabila melihat kanak-kanak terbiar tidak mempunyai ibu bapa disebabkan mereka meninggal dunia.

filem2 - 1

Filem genre aksi komedi arahan Ismail Bob Hashim.

"Selain itu, saya juga mendapat inspirasi daripada filem Hollywood iaitu Fast And Furious 8 yang mana ia turut menerapkan elemen kekeluargaan meskipun sarat dengan aksi," katanya menerusi kenyataan kepada mStar.

Dalam pada itu, Rosmarayu berkata, meskipun Daddyku Gangster adalah filem aksi namun ia sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat termasuk seisi keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengalaman silam jadi panduan Pablo Amirul lakonkan watak dalam filem... enggan orang lain lalui 'kisah hitam' sama

ARTIKEL BERKAITAN: Impian Farid Kamil terbit filem sendiri terlaksana, ‘Remp-it 2’ buah tangan pertama selepas 16 tahun

Apatah lagi filem tersebut sarat dengan elemen komedi bagi menjadikan ia hiburan ringan penonton.

"Filem aksi ini sebenarnya banyak mengetengahkan aksi komedi supaya ia tidak nampak seperti sebuah karya yang 'ganas' kerana kami ingin pastikan ia masih dapat ditonton oleh segenap lapisan masyarakat," katanya.

Daddyku Gangster mengisahkan tentang Ray, iaitu seorang ketua kumpulan kongsi gelap yang gemar mencuri kereta mewah yang diseludup masuk ke Malaysia.

filem1 - 1

Antara barisan pelakon yang menjayakan Daddyku Gangster.

Ray mempunyai sejarah silam dalam hubungan kekeluargaan terutama dengan abang kandungnya sendiri.

Menelan kos pembikinan sebanyak RM2.5 juta, Daddyku Gangster menampilkan barisan pelakon popular termasuk Zul Huzaimy, Adeline Tsen, Faizal Hussein, Jay Iswazir, Ridzuan Hashim, Zalif Sidek, Alieff Irfan, Reen Rahim, Azri Iskandar, Vanidah Imran dan pelakon cilik Angelica Petra dan Arryyan Petra.

Ia bakal menemui penonton di pawagam bermula 1 Disember 2022.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain