suria

Pengalaman silam jadi panduan Pablo Amirul lakonkan watak dalam filem… enggan orang lain lalui ‘kisah hitam’ sama

PERNAH melalui kisah silam sejak zaman kanak-kanak, pelakon Pablo Amirul berkata banyak pengalaman hitam dikutip semasa menyambung pengajian di Brazil dahulu.

Pablo atau nama sebenarnya Amirul Hisyam Mohd Sakri, 32, bagaimanapun berkata jika diberi pilihan dia enggan melalui segala kisah silam itu dan berharap masyarakat mengambil iktibar atas apa yang dilalui.

“Kalau boleh saya tak nak lalui semua perkara tu.. tapi apa yang saya lalui itu ada sebab.

“Saya pernah berdoa dan harapkan doa mak saya untuk kekal selamat sampai sekarang... kalau boleh saya tak nak orang lain lalui pengalaman sama, cukup saya seorang menceritakan kepada anda.

“Saya seorang pergi sana dah lalui macam-macam what if semua orang Malaysia lalui macam saya lalui of course itu bukan perkara yang bagus,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Pablo merupakan salah seorang daripada barisan 100 orang pelakon dalam Filem Seratus.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi