suria

Izuan Razali tak jadi mengamuk, menyesal buat video ‘prank’… kali ini bawa geng borong nasi lemak kakak viral

PELAKON Izuan Razali bersama beberapa rakan mengambil inisiatif membantu seorang peniaga nasi lemak yang tular baru-baru ini.

Menurut Izuan, 30, dia terpanggil untuk membantu kerana terkesan menonton video tular memperlihatkan peniaga wanita itu dihalang meniaga oleh pemilik gerai sebelah.

“Kami semua ada melihat video tular tu kemudian mengambil kata sepakat untuk bantu kakak tersebut dan nak beritahu kepada anda semua bahawa kedai tersebut sudah mula meniaga.

“Kami tak kaya dan susah semuanya tapi berjaya membantu dengan memborong semua nasi nasi lemak dia dan berikan kepada orang yang ada di sana.

”Duit yang kami dapat untuk bantu akak ni adalah hasil titik peluh kami semua, ada yang berlakon dan menyanyi dan kami tiada tajaan daripada mana-mana pihak setakat ini..semuanya duit kami sendiri,” kata Izuan kepada mStar.

Dalam pada itu, Izuan memberitahu akibat sering membuat ‘video prank’, dia sering menjadi mangsa kecaman dan kebencian warga netizen malah tawaran berlakon juga semakin berkurangan.

“Saya rasa untuk content sebelum ini yang pernah buat tu mungkin saya akan hentikan sebab sekarang ini tawaran dalam bidang lakonan sudah tiada.. sebelum ini ada lagi tapi sekarang ini saya sudah nampak keburukan daripada membuat video ‘content prank’

“Kalau saya tengok balik video sebelum ini, ala siapalah mamat ni.. rasa malu pun ada bila lihat diri sendiri berkelakuan seperti itu, mungkin selepas ini memang tiada dah buat video merapu-merapu lagi Insha Allah,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.

Semua
Hiburan
Berita
Variasi