suria

Minat kumpul barang ‘rare’, Adam John sanggup berhabis puluhan ribu demi hobi… Paling sayang gitar ada ‘sign’ arwah Mamat Khalid

PELAKON Adam John menarik perhatian netizen di media sosial kerana sering berkongsikan video koleksi-koleksi mainan dan figura superhero.

Walaupun memerlukan kos tinggi, Adam atau nama sebenarnya Adam Shahruddin, 37, berkata hobi mengumpul koleksi itu timbul sejak ketika masih di bangku sekolah lagi.

Antara barangan yang dikumpul oleh Adam adalah koleksi alat muzik seperti guitar dan beberapa koleksi mainan figura.

“Saya mula minat barang koleksi ini sejak dari tahun 90-an dan semasa itu masih dibangku sekolah rendah.

“Saya menonton filem seperti Star Wars, Back To The Future, Indiana Jones, Jurassic Park.. daripada situlah mulanya minat mengumpul koleksi ini.

“Secara jujurnya saya tidak pernah kira berapa jumlah koleksi yang ada cuma apa yang saya boleh katakan jumlah keseluruhan mencecah puluhan ribu ringgit dan semuanya saya kumpul sejak kecil hingga sekarang ini.

“Antara barang yang paling saya sayang adalah salah satu simpanan guitar yang pernah digunakan semasa berlakon dalam filem Rock 4 arahan arwah Mamat Khalid dan ada tanda tangannya... selain itu helmet dalam filem XX Ray 3 pemberian daripada pengarah Aziz M.Osman,” kata Adam kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Adam bakal muncul dalam drama yang akan ditayangkan di TV3 tidak lama lagi.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi