suria

Nama jarang terpalit kontroversi, Syafie Naswip pegang prinsip utama kerja berbanding peribadi

KEMUNCULAN banyak pelakon baharu tidak pernah membuatkan Syafie Naswip berasa tergugat meskipun dirinya tidak lagi menjadi tumpuan peminat.

Sebaliknya kata Syafie atau Mohammad Syafie Naswip, 26, dia sentiasa berpegang kepada prinsip untuk mengutamakan tanggungjawab sebagai pelakon berbanding memberi perhatian kepada populariti.

"Sejak saya berlakon Mukhsin, inilah punca rezeki saya iaitu berlakon dan tidak pernah melakukan pekerjaan lain... cuma mungkin peminat tak nampak hasil kerja kerana ada beberapa drama saya yang masih belum ditayangkan lagi.

"Waktu sekrang ini, nama pelakon ini tengah naik dan disebut-sebut sebab dapat slot premium, jadi bila orang balik kerja, boleh tonton berbanding drama saya yang waktunya agak lewat macam 11 malam sampai orang tak perasan.

"Pada saya itu rezeki masing-masing, kita tak boleh pertikaikan... apa yang saya nampak ramai pelakon-pelakon baharu yang berbakat dan saya pandang perkara itu sebagai positif kerana mungkin ada peluang saya belajar sesuatu daripada mereka," katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Syafie bakal muncul dalam telefilem arahan Bade Azmi berjudul Dosa Tidak Terampun yang bakal ditayangkan di TV3 tidak lama lagi.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.

Semua
Hiburan
Berita
Variasi