suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Patutlah persembahan kurang menyengat, Dina Nadzir dedah dijangkiti Covid-19 minggu kedua GV9… “Suara pun belum baik lagi”

DIJANGKITI virus Covid-19 pada minggu kedua Gegar Vaganza (GV) musim kesembilan, penyanyi Dina Nadzir mengakui kesan sampingan virus tersebut sedikit sebanyak menganggu prestasi nyanyiannya.

Kata Dina atau Faradina Mohd Nadzir, 37, dia lega apabila disahkan negatif sejurus sebelum konsert minggu kedua berlangsung untuk kembali beraksi bersama peserta GV yang lain.

“Alhamdulillah pada hari konsert tu juga saya pergi ke klinik disahkan negatif dan saya dibenarkan untuk buat persembahan.

“Tetapi kena fahamlah kesan Covid dengan suara saya tak baik lagi masih serak lagi.

“Alhamdulillah saya masih lagi survive dalam GV dan saya tak nak lepaskan peluang bersaing dalam GV kali ini,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod Dina berada di kedudukan ketujuh pada konsert minggu keempat yang berlangsung pada Ahad.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi