suria

Setahun bergelar duda, Ejai Aziz nak kahwin lagi tapi masih trauma… “Anak pun dah minta mama baru”

PENYANYI Ejai Aziz memberitahu dia kini dalam proses mengenali hati budi seorang wanita untuk dijadikan teman hidupnya.

Ejai atau nama sebenarnya Mohd Azrizal Aziz, 35, berkata kegagalan pernikahannya yang terdahulu menyebabkan dia lebih berhati-hati untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita.

“Buat masa sekarang ni memang ada perasaan sunyi tu, tapi semua orang mahukan yang terbaik dalam hidupkan cuma doakan la yang terbaik untuk saya..sekarang ini memang ada saya mengenali seseorang cuma belum terfikir lagi nak kearah itu dan mahu habiskan tahun ini saja.

“Memang rasa trauma tu ada dan takut pun ada, jadi sebab itu tidak mahu terlampau terburu-buru dalam perhubungan dan kalau boleh mahu kenal hati budi itu terlebih dahulu.

“Masih diperingkat awal perkenalan, InsyaAllah kalau jadi saya jemput semua dan mStar sekali ya,” kata Ejai kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.

Semua
Hiburan
Berita
Variasi