suria

Bukan senang ‘buat badan’, Ikmal Amry tayang bukan nak menunjuk tapi bagi motivasi… Impi bawa watak aksi dalam filem

PELAKON Ikmal Amry berkata dia bersenam di gimnasium atau ‘buat badan’ bukanlah untuk menunjuk-nunjuk tetapi bertujuan untuk memberi motivasi kepada orang ramai.

Kata Ikmal atau Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 28, selepas berusaha hingga mendapatkan bentuk badan yang dingini tidak salah untuk dia berkongsi hasilnya dengan peminat.

“Bila korang buat badan mesti perlu dedikasi dan disiplin yang sangat tinggi sebab kena diet kena fokus.

“Selepas dah korbankan perkara tadi itu dan badan dah menjadi korang akan rasa sayang.

“Saya tunjuk bukan untuk menunjuk tapi untuk beri motivasi kepada orang kalau saya boleh kenapa mereka tak boleh,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ikmal berkata dia meminati pelakon dari Thailand iaitu Tony Jaa.

“Sebab saya memang minat Tony Jaa pelakon Thailand yang berlakon cerita Ong Bak.

“Memang daripada dulu saya tengok cerita dia dan Ikmal sebenarnya memang nak berlakon dalam filem aksi,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi