suria

Puteri Sarah ‘enjoy’ sibukkan diri dengan bekerja, seronok tengok Syamsul luang masa bersama anak-anak

PELAKON Puteri Sarah Liyana enggan mendedahkan perkembangan kes mahkamah membabitkan orang ketiga yang didakwa mengganggu hubungan rumah tangganya dengan suami, Syamsul Yusof.

Kata Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat, 37, dia hanya akan berkongsi perkembangan terkini termasuklah tarikh perbicaraan menerusi media sosialnya selepas mendapat kebenaran daripada peguam.

“Perkembangan terkini Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar dan saya tahu ramai yang bertanyakan mengenai kes ini.

“Tarikh perbicaraan pun sudah dapat cuma saya belum boleh dedahkan buat masa ini kena tanya pihak peguam dahulu dan sekiranya okay... saya akan umum menerusi media sosial,” kata Puteri Sarah kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.

Semua
Hiburan
Berita
Variasi