suria

Fad imbau kesusahan sebelum jadi pelawak, terpaksa meminjam sana sini… Akui belum layak jadi tenaga pengajar

PELAWAK Fad Bocey berkata kejayaan yang dikecapi hari ini bukanlah melalui jalan mudah.

Kata Fad atau nama sebenar Muhammad Fadzlie Mohd Nizam, 31, pada awal kemunculannya dulu dia berfikir banyak kali sebelum meninggalkan kerjaya tetap.

“Ini bukan kali pertama tuhan bagi saya kejayaan... tapi ini peluang kedua.

“Raja Lawak saya gagal saya tersingkir, saya pergi Bintang Mencari Bintang dan itu satu peluang... Allah kata ini jalan kau.

“Jadi saya teruskan tanpa pandang belakang walaupun ketika itu memang saya susah sampai berfikir lima enam kali nak tinggalkan kerja waktu tu,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod Fad bersama Sharif dan Namie berjaya menjadi juara Muzikal Lawak Superstar musim ketiga dan membawa pulang wang kemenangan sebanyak RM150,000.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi