suria

Sharif masuk pertandingan lawak setiap tahun demi hiburkan penonton, cara hargai sokongan peminat

SELEPAS dua percubaan gagal mara ke peringkat akhir program Muzikal Lawak Superstar (MLS), pelawak Sharif bersyukur apabila akhirnya dinobatkan sebagai juara bersama kumpulan Ubi menerusi musim ketiga pertandingan berkenaan.

Sharif atau Sharif Kadir Doli Sharif, 32, berkata, bergelar juara MLS merupakan impian sebagai seorang pelawak dan tidak menyangka akhirnya ia menjadi miliknya bersama Ubi.

"Ya Allah, susah saya nak gambarkan perasaan sebab MLS ini adalah idaman saya memandangkan ia mengetengahkan berlawak dalam lagu dan gelaran juara adalah impian menjadi kenyataan.

"Ia merupakan pencapaian yang sangat besar bagi saya sepanjang bergelar pelawak," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Sharif berkata, kejayaan Ubi adalah berkat doa keluarga terutama ibu dan isteri yang banyak membuat pengorbanan demi kejayaannya dalam pertandingan itu.

"Alhamdulillah, bekat doa keluarga, sokongan anak isteri serta semua pengorbanan yang dilakukan, penyertaan kali ini sangat berbaloi," ujarnya.

Untuk rekod, sebelum bersama Ubi, Sharif pernah menyertai MLS bersama dua kumpulan berbeza iaitu Vokal (bersama Shiha Zikir dan Chiwan Chilok) dan Puppet (Wan dan Rul Puppet).

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi