suria

Danial Zaini sudah jangka dikecam, kurang latihan punca konsert GV9 dikatakan hambar… “Tak adil judge saya macam pengacara asal”

PELAWAK Danial Zaini berkata dia terbuka menerima sebarang teguran dan kritikan berhubung pengacaraannya ketika mengendalikan program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) minggu kedua pada Ahad lalu.

Kata Danial atau nama sebenarnya Mohammad Danial Mohd Zaini, 29, gandingannya bersama Elly Mazlein dilihat kurang serasi mungkin disebabkan faktor kekurangan masa dan latihan secukupnya.

“Saya akur dengan apa jua komen penonton sebab yang baik itu datang daripada tuhan dan buruk tu daripada saya, GV sudah sembilan musim dan saya tahu ada acuan yang tersendiri... lagi pun ramai tahu program ini dikendalikan oleh Nabil dan Jihan.

“Bila saya menggantikan Nabil memang saya sudah bersedia untuk terima apa saja kritikan dan memang 90 peratus saya jangka akan kena kecaman daripada penonton, tapi ini adalah tugas dan saya perlu berhadapan dengan ini semua.

“Saya dapat panggilan daripada pihak produksi empat jam sebelum live, tiada sebarang latihan yang dibuat dan ini merupakan kali pertama saya bekerjasama dengan Kak Lina Pom Pom, jadi keserasian itu mungkin belum ada lagi,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi