suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kemalangan motosikal ujian buat Shashic, katanya 6 minggu tahan sakit hampir tarik diri dari MLS3

PELAWAK Shashic mendedahkan dia terlibat dalam satu kemalangan jalan raya sebelum bermulanya program Muzikal Lawak Superstar (MLS) musim ketiga pada Julai lalu.

Kata Shashic atau Muhammad Noor Shashic Iewan, 31, dia mengalami kesukaran untuk bergerak kerana tisu kakinya koyak.

Ia sedikit senanyak mengganggu persembahan sepanjang enam minggu dalam MLS.

“Saya kena tahan sakit selama lima ke enam minggu.

“Sebab tisu kaki koyak dan saya tak boleh berjalan dengan baik dan nak buat persembahan 100 peratus saya tak boleh bagi.

“Saya cakap dengan Bahroy, saya cuma boleh perform apa yang saya mampu saja,” katanya kepada mStar.

Bahroy yang dianggotai oleh Shashic, Nizam Jentik-Jentik dan Roy Azman memenangi tempat ketiga dalam MLS3.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi