suria

[VIDEO] Lincah atas pentas tapi rupanya Asheed Def Gab C simpan derita, dedah 18 tahun hidap sakit sendi

DALAM kelincahannya mengadakan persembahan di pentas, rupa-rupanya vokalis kumpulan Def Gab C iaitu Asheed menderita sakit sendi sejak 18 tahun lalu.

Asheed atau Mohd Ashid Ahmad, 49, berkata, dia tidak pernah menjangka akan mengalami penyakit itu pada usia muda yang sekaligus telah menganggu aktiviti hariannya termasuk ketika mengadakan persembahan.

"Saya pun tidak tahu kenapa penyakit ini menyerang kerana ia menjejaskan aktiviti harian saya termasuklah saya tidak lagi boleh melakukan kerja-kerja berat," katanya kepada mStar.

Asheed ditemui ketika sidang media minggu ketiga Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) yang berlangsung pada malam Ahad.

asheed1

Asheed mengakui penyakitnya itu sedikit sebanyak menganggu aktiviti harian.

Menurut penyanyi Cinta Sakti ini, dia juga sudah membelanjakan ratusan ribu ringgi bagi mendapatkan rawatan sepanjang tempoh itu namun keadaannya masih sama.

Pun begitu, sehingga sekarang dia masih menjalani rawatan di hospital dan ikhtiar secara perubatan tradisional bagi mencari penawar penyakitnya itu.

"Memang saya banyak berhabis duit untuk buat pelbagai rawatan sakit sendi sampai pernah buat pembedahan di sebuah hospital swasta namun keadaan tidak berubah.

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki sertai Gegar Vaganza, Asheed (Def Gab C) tidak tergugat saingan penyanyi lain... “Saya tak pandang nombor”

ARTIKEL BERKAITAN: Persembahan ‘cute’ tak mampu selamatkan Haida Hasnan, jadi peserta kedua tersingkir GV9

"Paling mahal, satu rawatan tidak lebih daripada RM3,000... jadi kalau dikira daripada belasan tahun yang lalu, saya sudah habis ratusan ribu untuk menjalani rawatan," jelasnya.

Pun begitu kata Asheed, dia menerima takdir dirinya dengan positif dan menganggap penyakit dialami itu akan pulih satu hari nanti.

"Saya tak pernah berputus asa dan tetap yakin bahawa penyakit ini boleh sembuh. Sekarang ini saya banyak menghabiskan masa di rumah kerana jika berada di luar, ia akan memburukkan keadaan saya.

asheed2

Penyanyi ini tetap positif dan bersemangat tinggi untuk melawan penyakitnya itu.

"Jadi saya hanya akan keluar jika ada urusan kerja yang perlu dilakukan," jelasnya.

Sementara itu, Asheed memberitahu keadaan kesihatannya itu membuatkan dia pada awalnya berasa teragak-agak untuk menyertai GV9 kerana bimbang akan menyusahkan ramai pihak.

"Apabila dapat tawaran GV9, banyak kali saya fikir kerana takut menyusahkan ramai pihak.

"Disebabkan itu, saya bertanya terlebih dahulu kepada pengurus dan memberitahu keadaan saya. Alhamdulillah memang sudah tertulis rezeki saya untuk menyertai GV musim ini," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain