suria

Persembahan ‘cute’ tak mampu selamatkan Haida Hasnan, jadi peserta kedua tersingkir GV9 

Haida Hasnan peserta kedua tersingkir GV9.

PERJALANAN Haida Hasnan merebut gelaran juara program Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) terhenti apabila menjadi peserta kedua tersingkir pada minggu ketiga yang berlangsung pada malam Ahad.

Juri tetap, Datuk Ramli MS berkata, persembahan Haida menerusi lagu Nang nyanyian asal Iman Troye disifatkan sebagai 'cute' namun penjurian dibuat berdasarkan nyanyian secara keseluruhan.

"Awak menyanyi lagu ini comel secara visual, tetapi saya menjurikan daripada segi nyanyian.

"Tidak semua orang boleh menyanyi dengan sempurna dan tidak semestinya semua orang boleh menyanyikan semua jenis lagu.

WhatsApp Image 2022-10-02 at 11.56.55 PM

Haida tersingkir selepas menyampaikan lagu Nang nyanyian asal Iman Troye.

"Tapi apa-apa pun persembahan anda memang 'cute'," katanya.

Sementara itu, Shila Amzah mendapat markah tertinggi pada malam tersebut iaitu 78.8 peratus diikuti Bob (77.3) dan Hazrul Nizam (71.9).

ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyian nampak tak ‘natural’, Roy Kapilla peserta pertama tersingkir GV9

ARTIKEL BERKAITAN: Danial Zaini diminta ganti Nabil Ahmad saat akhir, mohon maaf rosakkan GV9

Lapan peserta lain yang mara ke minggu seterusnya termasuklah Asheed Def Gab C, Jaclyn Victor, Tomok, Fuad Rahman, VE, Dina Nadzir, Pat Candy dan Tom.

Dalam pada itu, Fuad Rahman diumumkan sebagai pemenang Anugerah Next Level Digi dan Tomok pula menerima Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak.

Istimewa minggu ini diperkenalkan anugerah Bintang Memukau Adabi yang dimiliki oleh Shila Amzah membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 berserta produk Adabi bernilai RM500.

Selain Ramli MS, kesemua peserta diadili dua lagi juri tetap iaitu Datuk Shafiznaz Selamat dan penyanti Indonesia Hetty Koes Endang.

Nabil Ahmad kembali menjadi hos bersama Elly Mazlin untuk konsert minggu ketiga ini.

GV9 disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan saluran Astro Ria (104), Ria HD (123) pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain