suria

Danial Zaini diminta ganti Nabil Ahmad saat akhir, mohon maaf rosakkan GV9

Kemunculan Danial sebagai pengacara GV9 mendapat kritikan penonton.

KEHADIRAN pelawak Danial Zaini bagi menggantikan Nabil Ahmad sebagai pengacara program Gegar Vaganza Musim Ke-9 (GV9) pada malam Ahad mendapat kritikan hebat netizen yang tidak berpuas hati dengan gaya pengacaraannya.

Ramai menyerang Danial di media sosial dengan menyifatkan kemunculannya disamping Elly Mazlein sebagai hambar, membosankan selain dituduh cuba menjatuhkan program tersebut.

Tampil mempertahankan dirinya, Danial atau Mohamad Danial Mohd Zaini berkata, kemunculannya dilihat hambar dan tidak menepati selera penonton disebabkan kurang persediaan selepas diminta menggantikan Nabil lima jam sebelum program berlangsung.

"Mungkin ada yang tahu, ada yang tak tahu... Sebenarnya untuk musim ini, saya memang ada tapi diberi tanggungjawab mengacarakan GV Live Plus bersama Fiza Frizzy di saluran YouTube.

ASTRO_7322 (1)

Danial Zaini menggantikan Nabil Ahmad di minggu kedua GV9.

"Empat, ke lima jam sebelum program berlangsung, saya terima panggilan pihak produksi meminta saya datang awal kerana perlu menggantikan Nabil.

"Saya tiada pilihan lain selain kena datang sebab saya memang buat GV Plus dan hanya ada masa empat jam untuk sediakan baju malah skrip pun tak dapat lagi ketika itu. Apa yang anda lihat, itulah dia. Saya tak rehearsal dengan produksi semua," jelasnya menerusi akaun TikTok miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyian nampak tak ‘natural’, Roy Kapilla peserta pertama tersingkir GV9

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya dah nampak dari awal” - Roy Kapilla sudah jangka tersingkir GV9, bukan mudah bersaing dengan penyanyi muda

Nabil yang merupakan pengacara tetap GV9 bersama Elly Mazlein tidak dapat mengacarakan minggu kedua pertandingan itu kerana terikat dengan program The Toyota GAZOO Racing.

Dalam pada itu, Danial mengakui tugas menggantikan Nabil bukan perkara mudah apatah lagi tidak sempat membuat sebarang persediaan namun sudah memberikan yang terbaik.

Itu yang mampu saya beri dalam masa empat jam.

DANIAL ZAINI

PELAWAK & PENGACARA

"Memang tak ada rehearsal, hanya bincang sekejap dengan Kak Lina nak buat apa... jalan. Apa yang anda lihat itulah yang mampu saya beri dalam masa empat jam persediaan mengacarakan program dengan rating cukup tinggi, cukup besar.

"Menggantikan pengacara selama sembilan tahun, Nabil Ahmad. Saya rasa bukan benda mudah, saya rasa mungkin banyak kekurangan saya," jelasnya.

ASTRO_7352

Danial Zaini mohon maaf andai jatuhkan program GV9.

Menerusi penjelasan itu, Danial turut memohon maaf kepada semua penonton GV9 sekiranya ramai tidak senang dengan kemunculannya.

"Saya nak minta maaf kepada semua penonton-penonton, peminat-peminat Gegar Vaganza. Kalau ada kekurangan... memang banyak pun kekurangan saya pada minggu ini di GV menggantikan Nabil mengacara bersama Kak Lina (Elly Mazlein).

"Saya mohon maaf, ada yang kata saya jatuhkan program, rosakkan rancangan. Tak reti mengacara, saya minta maaf. Saya susun sepuluh hari, saya minta maaf.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain