suria

Ifa Raziah tak sanggup tengok artis minta bantuan, beri sokongan mulakan perniagaan... “Ini yang orang tidak nampak!”

Ifa Raziah mengalu-alukan rakan selebriti untuk memulakan perniagaan.

PENYANYI Ifa Raziah menyifatkan penglibatannya dalam penganjuran festival Star Vendors adalah untuk membantu dan menyokong perniagaan diusahakan rakan-rakan selebriti.

Ifa atau nama sebenar Saripah Raziah Mustapha, 47, berkata dia mahu memberi ruang kepada rakan selebriti berkecimpung dalam bidang perniagaan dan tidak terlalu berharap pendapatan seni semata-mata.

"Memanglah kita akan menyanyi sampai bila-bila kerana itu minat kita, tetapi kalau boleh mereka kena usahakan satu bisnes yang boleh menjana pendapatan harian.

"Jangan nanti kalau tiada tawaran berlakon atau nyanyian, kita pergi minta bantuan dan nanti netizen kata macam-macam pula," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ifa selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Star Vendors sentiasa menggalakkan rakan artis yang mahu terlibat dalam ekspo perniagaan yang dianjurkan oehnya.

ifa2

Ifa tidak lokek berkongsi ilmu perniagaan kepada rakan selebriti.

"Bila orang tanya apa sumbangan saya terhadap industri seni? Inilah dia. Ini yang orang tak nampak atau buat-buat tak nampak.

"Mungkin sumbangan saya bukan kerana suara saya. Dengan cara yang lain, saya sediakan satu platform untuk beri peluang kepada rakan-rakan selebriti menjual produk mereka," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Asma' Harun minta maaf, Ifa Raziah anggap teguran isu tak pakai tudung selesai

ARTIKEL BERKAITAN: Idea pernah ditolak punca keluar Senario, Yassin kini bergerak aktif sebagai usahawan

Dalam pada itu, Ifa berkata dia tidak bimbang jika ramai selebriti menjalankan perniagaan serta menganjurkan ekspo jualan kerana menganggap ia merupakan satu persaingan sihat.

Malah, dia turut memberikan sokongan kepada rakan artis iaitu Yassin Yahya yang kini mula menjalankan perniagaan termasuklah menganjurkan festival jualan.

ifa 1

Kejayaannya hari ini adalah hasil daripada usaha selama bertahun lamanya.

"Tak mungkin anda buat hari ini, anda akan terus berjaya. Lima tahun saya buat Star Vendors baharu nampak hasilnya.

"Saya ucapkan tahniah kepada Yassin, jangan patah semangat. Saya selalu beri sokongan pada Yassin dan isteri dan mereka menjadikan saya sebagai rujukan dalam dunia perniagaan," katanya lagi.

Ifa diberi penghormatan merasmikan program anjuran Kamura Enterprise dengan kerjasama Farenheit88, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Manakala, Yasstar Production milik Yassin terbabit dalam urusan promosi.

Untuk info, fiesta itu diadakan sempena Pameran Datuk Sudirman Hj Arshad Warisan Sudir: Tribute Kepada Penghibur No. 1 Asia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain