suria

Nyanyian nampak tak ‘natural’, Roy Kapilla peserta pertama tersingkir GV9

Roy Kapilla tersingkir minggu kedua GV9.

PENYANYI Roy Kapilla menjadi peserta pertama tersingkir dalam program nyanyian Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) yang berlangsung pada malam Ahad.

Roy yang menyanyikan lagu Izinkan Selamanya Namamu Dihati hanya memperolehi markah 53.20 peratus sekaligus berada dikedudukan paling tercorot daripada 13 peserta lain.

Menurut juri tetap Datuk Shafinaz Selamat, Roy dilihat tidak selesa ketika menyampaikan lagu tersebut dan perlu memperbaiki teknik nyanyian.

308632869_212022034589021_6901079467476698336_n

Roy diumum tersingkir dalam program GV9.

"Mungkin salah satu yang boleh kurangkan aspek hujung ke hujung frasa, nampak tak natural, abang kena support lebih lagi. Lagu ni bila abang nyanyi macam berkira-kira sikit," katanya semasa memberi komen selepas persembahan.

Sementara itu, penyanyi Tomok mendapat markah tertinggi iaitu sebanyak 80 peratus diikuti Hazrul Nizam (79.80), dan Shila Amzah (78.90).

ARTIKEL BERKAITAN: Gelanggang GV9 dibuka dengan persembahan bertenaga 13 peserta!

Lapan peserta lain yang mara ke minggu seterusnya ialah Jaclyn Victor, Dina Nazir, Bob Yusuf, Pat Candy, Haida Hasnan, kumpulan VE, Asheed Def Gab C, Tom, dan Fuad Rahmam

Dalam pada itu Fuad Rahman diumumkan sebagai pemenang Anugerah Next Level Digi dan Jaclyn Victor pula penerima Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak.

gv9 2

Tomok terima markah tertinggi minggu ini.

Selain Syafinaz, GV9 juga dijurikan oleh Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang.

Pada minggu kedua ini, GV9 dihoskan oleh Elly Mazlein dan Danial Zaini menggantikan Nabil Ahmad.

GV9 disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan boleh ditonton menerusi Astro Ria (104), Ria HD (123) pada setiap Ahad, pukul 9 malam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain