suria

[VIDEO] Azan Scan tak setuju penyanyi masih aktif sertai Gegar Vaganza… “Ini platform angkat kembali artis yang menyepi”

PENYANYI Azan Scan menyifatkan penglibatan artis yang masih aktif dalam industri seni menyertai program Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) adalah tidak adil.

Azan atau nama sebenarnya Noor Hazan Rashid, 50, berpendapat program GV sudah tidak seperti dahulu lagi kerana artis yang masih relevan dalam industri diberi peluang menyertainya.

"Bagi saya, GV merupakan satu platform untuk mengangkat kembali artis-artis yang sudah menyepi.

"Bukan maksudnya mereka tidak membuat lagi persembahan, tetapi mungkin kurang mendapat perhatian stesen televisyen mahupun radio. Maklum sahaja dah berumur," katanya kepada mStar.

Sementara itu, penyanyi ini tidak kisah jika ada mana-mana pihak kurang bersetuju dengan pendapatnya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kawan Anak Pun Kenal Saya - Azan Scan

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz tepati ramalan juara GV8, bawa pulang RM100,000

azan1

Azan berasa tidak adil dengan pemilihan peserta GV9.

Baginya, GV sebelum ini diterbitkan kerana mahu memberi peluang kepada penyanyi-penyanyi yang sudah lama tidak mendapat liputan.

"Baru-baru ini saya ada ke Singapura atas urusan kerja, peminat di sana juga turut bertanya program ini GV atau Anugerah Juara Lagu (AJL).

"Sebenarnya saya malas nak bercerita panjang tentang hal ini, apa-apa pun saya tetap tidak bersetuju dan kalau orang diluar sana nak cakap apa, cakaplah," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Azan turut teruja apabila diberi peluang menyertai Fiesta Datuk Sudirman yang berlangsung di Fahrenheit88, Kuala Lumpur selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad ini.

Kata Azan, dia sebenarnya sudah lama menjalankan perniagaan kerana dibesarkan dalam keluarga yang memang sudah berniaga sejak dia kecil lagi.

"Kami sudah lama berniaga dan mencuba pelbagai perniagaan terutamanya makanan.

"Saya banyak ikut jemputan ekspo untuk membuka booth. Sebelum ini saya pernah berniaga mi kari, roti john dan terbaharu saya mengeluarkan produk makanan kapit roll dan cookies," jelasnya.

azan11

Azan merupakan pemenang tempat kelima dalam GV8.

Penyanyi ini juga sedang merancang untuk menjenamakan produknya atas nama sendiri dan berharap bakal mendapat sambutan ramai.

"Produk-produk yang dijual ini insyaAllah akan dilabelkan dengan nama saya. Doakan agar perniagaan saya bertambah maju," kata Azan.

Untuk rekod, Azan merupakan pemenang tempat kelima Gegar Vaganza musim ke-8 yang membawa pulang wang tunai RM15,000 berserta trofi.

Penyanyi ini turut bersaing dengan Alif Aziz, Nikki Palikat, Suki Low, Adibah Nor dan Aweera di pentas akhir GV8.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain