suria

[VIDEO] Bukan kali pertama bertembung... kehadiran Sharnaaz Ahmad di GV9 tak ganggu Shila Amzah, siap bagi ‘eye contact’

PERCINTAAN di antara Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad sudah lama terkubur masih ada mengaitkan mereka berdua sehingga ada peminat berharap hubungan mereka kembali bertaut memandangkan kedua-duanya kembali single.

Shila dan Sharnaaz sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila pelakon itu hadir menonton program Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

Kelibat Sharnaaz menjadi tumpuan terutamanya ketika Shila menyampaikan lagu Getaran Cinta Di Jiwa nyanyian asal Liza Hanim selain penyanyi itu dilihat memberikan pandangan kepada aktor berkenaan.

Mengulas mengenai kehadiran Sharnaaz, Shila atau NurShahila Amir Amzah, 32, berkata, dia tidak melihat perkara itu sebagai masalah malah mengakui turut memberikan 'eye contact' kepada aktor berkenaan.

ASTRO_7420

Shila Amzah balas pandangan Sharnaaz Ahamd di GV9.

Shila berkata, kehadiran Sharnaaz tidak menganggu tumpuannya kerana apa lebih penting adalah fokus terhadap persembahan.

"Kalau tanya diri saya yang berusia 22 tahun, mungkin saya akan mempersoalkan tetapi sekarang saya rasa biasa sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyian nampak tak ‘natural’, Roy Kapilla peserta pertama tersingkir GV9

ARTIKEL BERKAITAN: Elly Mazlein tiada lagi isu dengan Ramli MS, sudah berbaik siap boleh bergurau... Akui gementar ganti tempat Jihan Muse di GV9

"Saya bagi 'eye contact' tapi Sharnaaz pakai cermin mata hitam, saya tak tahu dia pandang saya atau sebaliknya," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Shila tidak terasa hati dengan usikan pengacara GV9, Elly Mazlein dan menganggap perkara itu sekadar gurauan.

Saya bagi 'eye contact' tapi Sharnaaz pakai cermin mata hitam, saya tak tahu dia pandang saya atau sebaliknya.

SHILA AMZAH

PENYANYI

"Okey jer, lagi pun kita sayang Kak Lina (Elly). Cara Kak Lina mengusik pun bukanlah keterlaluan... manja-manja sahaja," ujarnya.

Sementara itu, Shila menjelaskan ini bukan kali pertama dia bertembung dengan Sharnaaz dalam program hiburan malah pernah membuat persembahan dihadapan pelakon itu ketika minggu kedua program The Masked Singer Malaysia.

Tidak hanya itu, mereka juga pernah bertembung ketika acara berbuka puasa yang dianjurkan Astro pada bulan Ramadan yang lalu.

"Saya pernah menyanyi depan dia dalam minggu kedua The Masked Singer Malaysia dan kali kedua ketika program berbuka puasa anjuran Astro. Saya nampak dia dari jauh," jelasnya.

Penyanyi lagu Memori Tercipta ini juga tidak menolak sekiranya diberi peluang untuk bekerjasama dengan Sharnaaz pada masa hadapan namun bergantung kepada tawaran diberikan.

"Bergantung kepada apa tawaran tersebut, naskhahnya, berbaloi atau tidak. Saya tidak mahu buat sesuatu atas dasar nak menghidupkan sesuatu yang sudah 'tiada' dan menggunakan situasi itu... ia tak seronok," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain