suria

Rosyam Nor mahu kembangkan perniagaan, buka lebih banyak peluang pekerjaan… Siap kongsi tip untuk berjaya

PELAKON Datuk Rosyam Nor memberitahu dia kini dalam perancangan untuk melebarkan sayap syarikat St Rosyam Mart Sdn Bhd. miliknya dengan menambah bilangan cawangan kedai di seluruh Malaysia.

Kata Rosyam atau Mohamed Noor Shamsuddin, 55, berharap agar dengan penambahan bilangan cawagan ini dapat membuka peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia yang memerlukan.

“Bila sampai masanya branding saya boleh digunakan untuk bantu orang lain, jadi saya akan gunakan dan tanpa peminat mungkin tiadalah Rosyam Nor yang hari ini.

“InsyaAllah, perancangannya nak buka 12 cawangan... alhamdulilah sebanyak 5 cawangan ini kami sudah menawarkan lebih 1,000 peluang pekerjaan untuk penduduk Malaysia dan luar negara,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Rosyam turut berkongsi pengalaman hidupnya menerusi laman YouTube.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi