suria

Rezeki Aya Amiruddin mencurah-curah selepas sertai MLS3, impi nama setanding pelakon popular lain

PELAWAK Aya Amiruddin memberitahu rezekinya semakin mencurah-mencurah selepas menyertai program Muzikal Lawak Superstar musim ketiga bersama kumpulan Ngam yang dianggotai oleh Achok dan Wan.

Menurut gadis berdarah kacukan Afrika dan Malaysia ini, dia menerima banyak tawaran berlakon dan membintangi beberapa drama.

“Alhamdulilah rezeki Allah ya memang ada banyak tawaran sekarang ini dan saya sedang dalam proses penggambaran untuk sebuah drama dengan Radius One berjudul Budak Hostel dan masih lagi dalam shooting.

“Selepas ini pun mungkin dengan produksi sama dalam perancangan untuk buat beberapa drama dan Alhamdulilah sekarang ini memang banyak job berlakon.

“Rezeki selepas Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS) walaupun tidak menang tapi alhamdulilah saya masih ada lagi tempat dan orang letakkan kepercayaan untuk pendatang baharu seperti saya,” kata Aya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.

Semua
Hiburan
Berita
Variasi