suria

“Saya kena timbulkan rasa benci” - Rahim sengaja buat orang menyampah, bawa karakter dalam ‘Sepahtu Reunion’

PELAWAK Rahim Sepahtu menjelaskan dirinya bukan sengaja menyampaikan lawak dengan cara menjerit-jerit.

Sebaliknya, Rahim, 52, berkata tindakannya itu adalah demi memenuhi tuntutan watak semata-mata.

Kata Rahim atau Rahim Mat Ali, jika penonton kurang senang dengan caranya itu, ia secara tidak langsung membawa maksud watak dilakonkan menjadi dan meninggalkan kesan kepada penonton.

“Kenapa saya selalu terjerit-jerit, sebab itu adalah tuntutan watak.

“Kalau saya jadi jahat dan watak saya biasa tak nampak watak jahat saya.

“Orang jadi menyampah dengan saya jadi watak jahat maknanya watak saya menjadi,” katanya kepada mStar.

Rahim akan bersama Jep, Pak Ya dan Ebby Yus dalam Sepahtu Reunion Live Tour yang bakal berada di tiga lokasi berbeza iaitu Johor, Terengganu dan Kedah bermula pada 14 Oktober 2022.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.

Semua
Hiburan
Berita
Variasi