suria

Dazrin Kamarudin tawar hati dengan industri seni, budaya ‘yes bos’ punca tak berkembang… Sekarang lebih ‘happy’ jual karpet

PELAKON Dazrin Kamarudin memberitahu dia kini lebih fokus kepada bidang perniagaan berbanding dunia lakonan.

Kata Dazrin atau lebih mesra dengan sapaan Daz, 34, keputusan itu dibuat kerana dia sudah tawar hati dengan sikap segelintir pihak produksi bersikap pilih kasih terhadap pelakon.

“Industri seni memang macam tu, bila awak berada dalam satu kelompok tu atau seperti bubble jadi awak akan dibawa naik.. kalau kata bubble tu meletup dan ada orang gantikan maka orang itulah yang akan diagungkan.

“Mereka memang ada kelompak masing-masing, setiap produksi pun ada mereka punya own clan..tapi tidak semua penerbit macam itu kerana ada juga yang berikan peluang kepada artis lain yang tidak bekerja sekali.

”Dulu saya pernah berada dalam salah satu kelompok tu dan sering terima tawaran tapi bila saya mengambil keputusan untuk berehat sebentar kemudian digantikan oleh orang lain... jadi bila nak masuk balik ke kelompok tu sudah tak boleh,” kata Dazrin kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.

Semua
Hiburan
Berita
Variasi