suria

Takut Zul Ariffin marah, kaki bengkak kena besi… Nasha Aziz kongsi pengalaman penggambaran ‘Talbis Iblis’

PELAKON Nasha Aziz berkongsi pengalaman kakinya bengkak apabila gari besi yang dipegang aktor Zul Ariffin terjatuh secara tidak sengaja semasa penggambaran filem Tablis Iblis.

Mahu bersikap profesional, Nasha 51, berkata dia hanya mendiamkan diri dan meneruskan penggambaran meskipun sedang menahan kesakitan.

“Seram berlakon dalam filem ini sebenarnya (sebab) saya takut dengan Zul... dia suka marah-marah kat lokasi penggambaran.

“Masa dia tengah marah itu, dia pegang gari besi dan tiba-tiba terlepas pula kat kaki saya.

“Disebabkan nak tunjuk profesional saya diam saja. Selepas itu kaki saya bengkak dan sakit,” katanya kepada mStar.

Selain Nasha, pelakon lain yang terlibat dalam Filem Tablis Iblis adalah Azira Shafinaz, Zul Ariffin, Amir Nafis, Jay Iswazir, Sherie Merlis dan Daniella Sya yang akan ditayangkan pada 20 Oktober 2022.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.

Semua
Hiburan
Berita
Variasi