suria

Isu pameran rumah hantu, pengerusi Finas minta Eizlan Yusof datang pejabat bincang sambil minum kopi

Zurainah (kiri) sedia ajak Eizlan untuk berbincang.

PELAKON Datuk Seri Eizlan Yusof diminta datang sendiri ke Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) bagi membincangkan isu berkaitan projek Pameran Hantu Filem yang dibangkitkan sebelum ini.

Pengerusi Finas, Senator Datuk Seri Zurainah Musa berkata, Eizlan yang juga bekas ahli perbadanan itu boleh bertemu dengannya sendiri bagi membincangkan isu berkenaan termasuk kos projek itu yang dianjurkan Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) sebanyak RM40,000.

"Kalau ada sebarang masalah datang dan jumpa saya sebab kita boleh bincang dengan baik sambil minum kopi. Pintu pejabat saya sentiasa terbuka jika ada sebarang masalah yang hendak disuarakan.

mat london 2

Idham sebelum ini mendakwa terdapat penyelewengan dalam penganjuran sebuah acara.

"Tetapi kalau mahukan publisiti, silakan bersuara di media sosial. Saya tiada hak untuk menghalang," katanya kepada mStar.

Zurainah mengulas isu berkenaan ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Rumah Artis yang diadakan di Sentul, Kuala Lumpur pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Pameran rumah hantu untuk beri ilmu tentang filem seram, FDAM sedia ‘telanjangkan’ Idham

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Spilt Gravy’ Filem Terbaik FFM32 raih 7 anugerah, ketepikan Mat Kilau

Dalam pada itu, Zurainah berkata, Eizlan berhak membuat laporan polis berhubung dakwaannya namun menyifatkan isu dibangkitkan sebagai remeh.

Ini kerana kata Zurainah, projek yang diadakan bersempena Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) itu adalah semata-mata untuk industri.

Pintu pejabat saya sentiasa terbuka jika ada sebarang masalah yang hendak disuarakan

SENATOR DATUK SERI ZURAINAH MUSA

PENGERUSI FINAS

"Memandangkan laporan polis sudah dibuat jadi saya tidak boleh komen tapi fikir-fikirkan sebelum wujudkan sesuatu isu kerana apa dibangkitkan adalah remeh.

"Memang mudah nak komen, saya nak cakap macam-macam pun boleh tapi tujuan persatuan menganjur pameran ini adalah untuk menghargai kerja keras artis dan krew filem yang banyak memberi impak kepada industri Malaysia," katanya.

idham 2

Idham dan Eizlan sama-sama buat laporan polis.

Terdahulu Eizlan membuat laporan polis mengenai dakwaan penyelewengan projek tersebut selepas tiada kenyataan balas dikeluarkan oleh Finas berhubung isu berkenaan.

Selain Eizlan, pengarah Ahmad Idham turut menyuarakan isu sama yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya pada Isnin lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain