suria

‘Spilt Gravy’ Filem Terbaik FFM32 raih 7 anugerah, ketepikan Mat Kilau

Pengarah Spilt Gravy, Datuk Zahim Albakri bersama trofi kemenangan.

MENGGONDOL tujuh anugerah secara keseluruhan, filem Spilt Gravy diumumkan sebagai filem terbaik Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang berlangsung di Encore Theatre, Melaka pada malam Jumaat.

Filem arahan Datuk Zahim Albakri bersandarkan idea asal teater karya Allahyarham Jit Murat itu turut meraih anugerah lain iaitu Rekaan Busana Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Penyunting Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Sebagai filem terbaik, pemenang menerima trofi dan hadiah berupa Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai RM500,000.

WhatsApp Image 2022-12-02 at 11.15.11 PM

Adi Putra menggondol anugerah Pelakon Lelaki Terbaik FFM32.

Secara tidak langsung kemenangan ini mengenepikan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang menjadi sebutan ramai di mana hanya menang empat anugerah.

Dalam pada itu bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik dimenangi Datuk Adi Putra (Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan).

Pelakon Wanita Terbaik pula dimenangi oleh Tan Chui Mui (Barbarian Invansion).

ARTIKEL BERKAITAN: FFM32 pentas filem hebat bersaing... 'Spilt Gravy' terima 14 pencalonan diikuti 'Air Force: Selagi Bernyawa'

ARTIKEL BERKAITAN: Mat Kilau jadi benchmark! Kerajaan umum dana RM50 juta terbit filem kenegaraan

Dua bintang veteran iaitu Datuk Sarimah Ahmad dan Mat Sentul masing-masing menerima anugerah Senawati dan Seniman Sepanjang Zaman. Mereka menerima wang tunai RM15,000.

Berikut ialah senarai penuh pemenang FFM32:

1. Anugerah Khas Juri (Box Office): Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan

2. Poster Terbaik: Small Town Heroes

3. Kesan Khas Visual Terbaik: Ma Chiau Ran, Tan Ye Xuan, Pau Tun Kai (Air Force The Movie: Selagi Bernyawa)

4. Filem Pendek Terbaik: Can You Love Me Most?

5. Tatarias Terbaik: Malya Artwork (Rasuk)

6. Rekaan Busana Terbaik: Rosada Abdul Hamid (Spilt Gravy)

7. Penataam Seni Terbaik: Raja Malek & Wong Taysy (Spilt Gravy)

8. Penataan Bunyi Terbaik: Charlene Ong Chye Leng (Air Force The Movie Selagi Bernyawa)

9. Skor Muzik Asal Terbaik: Tan Yen Hue, Tan Shin Hwa, David Ngan Teck Wai (Small Town Heroes)

10. Lagu Tema Terbaik: Wira Hatiku (Juang)

11. Sinematografi Terbaik: Stephen Chua Jyh Shyan (Small Town Heroes)

12. Penyunting Terbaik: Isazaly Isa & A Samd Hassan (Spilt Gravy)

13. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Phua Chandler (Small Town Heroes)

14. Pelakon Wanita Harapan: Layla Sania Khairuzikri (Small Town Heroes)

15. Pelakon Lelaki Harapan: Jaa Suzuran (Autumn In Wales)

16. Anugerah Khas Juri: Juang, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dan Air Force The Movie Selagi Bernyawa

17. Anugerah Khas Juri Filem Antarabangsa: Ranah 3 Warna

18. Anugerah Khas Penggiat Belakang Tabir: Akma Suriati Awang

19. Anugerah Khas Seniwati Sepanjang Zaman: Datuk Sarimah Ahmad

20. Anugerah Khas Seniman Sepanjang Zaman: Mat Sentul

21. Cerita Asal Terbaik: Ryon Lee Eng Keong (Small Town Hereos)

22. Lakon Layar Terbaik: Jit Murad, Datuk Zahim Albakri & June Tan (Spilt Gravy)

23. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Juliana Ibrahim (Spilt Gravy)

24. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Beto Kusyairy (Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan)

25. Pengarah Terbaik: Ryon Lee Eng Keong (Small Town Heroes)

26. Pelakon Wanita Terbaik: Tan Chui Mui (Barbarian Invansion)

27. Pelakon Lelaki Terbaik: Datuk Adi Putra (Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan)

28. Filem Terbaik: Spilt Gravy

Selain trofi, semua pemenang turut membawa pulang hadiah berupa wang tunai.

FFM32 kali ini membawa tema Filem Kita Citra Kita dihoskan oleh Cik Puan Sarimah Ibrahim dan Awal Ashaari.

Acara kendalian Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) ini disiarkan secara langsung di TV2, RTM.

WhatsApp Image 2022-12-02 at 11.25.49 PM

Spilt Gravy memenangi kategori Rekaan Busana Terbaik FFM32.

Majlis turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Dr Sulaiman Md Ali, Pengerusi Finas, Senator Datuk Seri Zurainah Musa dan Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Prof Dr Md Nasir Ibrahim (Ketua Pegawai Eksekutif Finas).

Antara artis yang membuat persembahan ialah Siti Nordiana, Azlan & The Typewriter, Datuk Zainal Abidin, Ernie Zakri, Marsha, Amir Masdi dan Hazama.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain