suria

Yana Alyahya umum sudah berbadan dua, minta netizen henti beri nasihat tentang kehamilan

Yana kini hamil lima bulan.

SELEPAS mengumumkan sudah hamil lima bulan, pelakon filem Mukhsin iaitu Yana Alyahya meminta orang ramai untuk berhenti memberikan nasihat berkaitan kehamilan.

Yana atau nama sebenarnya Sharifah Aryana Syed Zainal Rashdi Al-Yahya, 26, berkata, setiap individu mempunyai perjalanan kehamilan yang berbeza.

"Saya tahu ramai yang baik hati untuk berkongsi nasihat dan tip atau perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan sewaktu hamil.

yana1 - 1

Yana dan suami teruja menantikan kehadiran cahaya mata sulung.

"Jangan risau saya mempunyai gynaecologist untuk memantau sepanjang kehamilan ini. Lagi pun setiap orang mempunyai perjalanan yang berbeza, jadi saya minta agar semua berhenti berkongsi nasihat," katanya.

Yana berkongsi perkara itu menerusi Instastory pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon filem Mukhsin, Yana Alyahya selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya - "Terima kasih semua yang hadir secara online terutama keluarga di Kuching"

ARTIKEL BERKAITAN: Ada sebab suami menangis dapat kejutan, Syura pula kekok hamil lagi selepas 11 tahun

Adik kepada aktres Sharifah Amani ini bagaimanapun berkata dia menghargai setiap nasihat yang diberikan oleh orang ramai.

Malah sekiranya dia memerlukan pertanyaan mengenai kehamilan, dia sendiri tanpa segan silu akan bertanya kepada pengikutnya.

Lagi pun setiap orang mempunyai perjalanan yang berbeza, jadi saya minta agar semua berhenti berkongsi nasihat.

YANA ALYAHYA

PELAKON

"Saya faham mungkin ramai yang mahu memastikan saya dalam keadaan yang baik, terima kasih saya ucapkan.

"Seandainya saya mempunyai sebarang persoalan, saya janji akan bertanya kepada anda," ujarnya.

Sebelum itu, Yana mengumumkan berita kehamilannya selepas lima bulan menyembunyikan perkara berkenaan.

yana2 - 1

Pasangan ini bernikah awal tahun lalu.

Berkongsi lanjut, Yana memberitahu dia bakal menimang cahaya mata lelaki.

"Selepas menunggu selama lima bulan, saya dan Jad Hanif (suami) teruja untuk mengumumkan bahawa kami bakal menimang cahaya mata lelaki.

"Terima kasih kepada semua yang sudah mengetahui dan merahsiakannya. Mohon doakan kami berdua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan," tulisnya.

Untuk rekod, Yana dan Jad Hanif Jimmy mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2021 dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di kediaman keluarga aktres berkenaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain