suria

Pelakon filem Mukhsin, Yana Alyahya selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya - “Terima kasih semua yang hadir secara online terutama keluarga di Kuching”

Yana Alyahya dan suami, Jad Hanif.

PELAKON filem Mukhsin, Yana Alyahya selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati, Jad Hanif Jimmy dalam majlis pernikahan yang berlangsung pada petang Jumaat.

Pemilik nama sebenar, Sharifah Aryana, 26, telah dinikahkan sendiri oleh bapanya Syed Zainal Rashid Alyahya dalam sebuah majlis ringkas.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tipu kalau aku tak rindu arwah, tambah-tambah bila aku ada masalah” - Syafie Naswip

Majlis pernikahan yang berlangsung di kediaman keluarga aktres itu turut disertai ahli keluarga pengantin lelaki secara atas talian di Kuching, Sarawak.

Yana sah bergelar isteri kepada Jad Hanif.

"Alhamdulillah selesai sudah majlis akad nikah. Terima kasih kepada semua yang sempat hadir secara online terutama kepada keluarga di Kuching. InsyaAllah kami akan ke sana nanti," kata Yana.

Pada majlis itu, Yana dan suami berpakaian sedondon berwarna putih dan merah jambu bagi meraikan hari bahagia mereka.

Yana dan adik-beradiknya.

Yana merupakan adik bongsu kepada pelakon Sharifah Aleya, Sharifah Amani dan Sharifah Aleysha.

Yana sebelum ini pernah membintangi filem Muhksin yang diarahkan oleh Yasmin Ahmad pada tahun 2006. Filem itu turut dibintangi Syafie Naswip dan Adibah Noor.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain