suria

Shiela Abdul akui cuai, duit baru keluar ATM dikebas individu tidak bertanggungjawab - “Hubungi saya segera sebelum polis cari awak!”

Sheila Abdul mendedahkan rakaman individu yang mengambil duitnya kembali ke mesin atm yang sama.

MALANG tidak berbau apabila penyanyi Sheila Abdul terlupa mengambil wang yang dikeluarkannya dari mesin ATM dan dicuri oleh individu tidak bertanggungjawab ketika berada di sebuah pasaraya di Puncak Alam.

Mengaku insiden itu merupakan kecuaiannya sendiri, Sheila meminta individu tersebut memulangkan semula wang tersebut memandangkan pihak pengurusan pasaraya itu mempunyai rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV) itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemain gitar Drama Band dakwa tak dapat royalti, ini komen Aepul - “Sabar... belum cukup setahun nak agih royalti”

Penyanyi berusia 33 tahun ini berasa terkilan dengan sikap tidak jujur individu tersebut yang berdiri dekat dengannya ketika itu.



Sheila memuat naik rakaman perbuatan individu tersebut.

"Saya mohon anda viralkan supaya individu yang mengambil duit saya itu sedar silapnya dan PM saya untuk minta maaf serta pulangkan duit itu. Saya faham di musim PKP ni ramai orang susah.

"Tapi itu bukan alasan untuk awak ambil kesempatan atas kecuaian orang. Asalnya saya memang berniat untuk sedekah disebabkan mungkin ni ada hikmah yang tersembunyi.

"Tapi setelah pengurusan Econsave Alam Jaya sendiri menunjukkan rakaman cctv wanita yang mengambil duit saya tu hanya berselisih dengan saya dan tidak jujur untuk pulangkan duit tu kepada saya. Saya jadi ralat.

"Saya hanya jarak beberapa tapak saja dari awak waktu awak nampak duit yang tertinggal di mesin atm itu. Apa salahnya kalau awak panggil saya dan pulangkan duit berkenaan," katanya.

Sudah pasti mesin ATM itu ada simpanan data identiti siapa awak dan di mana awak tinggal.

SHEILA ABDUL

PENYANYI

Isteri kepada pemain gitar kumpulan Drama Band iaitu Ammar Habir itu turut berkongsi beberapa video memperlihatkan perbuatan individu tersebut di laman Instagram miliknya.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa berang terhadap perbuatan individu tersebut yang mengambil kesempatan terhadap kecuaian orang lain.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Mungkinkah ini memberitahu biarpun jumlah wang tersebut tidak terlalu besar namun dia berasa kecewa dengan sikap wanita berkenaan.

Menurut Sheila, dia sudah membuat laporan polis dan berharap individu tersebut tampil menghubunginya terlebih dahulu sebelum diambil tindakan seterusnya.



Sheila bersama suami dan anak mereka.

"Walaupun jumlahnya taklah terlalu besar tapi tak berhati perut untuk seseorang itu ambil kesempatan atas kecuaian orang lain. Malah, selepas awak mengambil duit saya, awak boleh pula cucuk mesin atm yang sama selang beberapa minit.

"Sudah pasti mesin ATM itu ada simpanan data identiti siapa awak dan di mana awak tinggal. Laporan polis sudah dibuat, unit siasatan polis sedang buat kerja mereka. Tinggal mereka dapatkan data dari mesin atm itu saja saya dah dapat cari awak.

"Sebelum benda jadi berlarutan saya cadangkan awak hubungi saya dengan kadar segera sebelum pihak polis sendiri hubungi awak. Saya harap para pembaca ambil pengajaran dari kes saya ini. Jangan cuai ketika keluarkan duit.

"Elakkan berbual atau menggunakan telefon di mesin atm supaya tak berlaku kejadian seperti ini. Mohon viralkan supaya si pencuri dapat pengajarannya, dan kita semua dapat belajar jika jumpa duit orang sila jujur," ujarnya

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!



Artikel Berkaitan

Artikel Lain