suria

Pemain gitar Drama Band dakwa tak dapat royalti, ini komen Aepul - “Sabar... belum cukup setahun nak agih royalti”

Ammar (dua dari kiri) dakwa agihan royalti untuknya dihentikan syarikat pengurusan sejak Ogos tahun lalu.

VOKALIS Drama Band iaitu Aepul Roza terkilan dengan tindakan pemain gitar kumpulan itu iaitu Ammar Habir yang mengadu tentang agihan royalti kepada media.

Menurut Aepul, pengagihan royalti dilakukan setiap setahun sekali kepada semua ahli kumpulan itu dengan adil.

ARTIKEL BERKAITAN: Selisih faham, pemain gitar Drama Band berehat - “Kami terbuka terima dia semula untuk persembahan AJL34

”ARTIKEL BERKAITAN: Drama Band tiada niat singgung mana-mana pihak - “Segelintir orang tak dapat terima mesej kami”

"Bukannya dia tidak akan dapat langsung. Tapi kami ambil royalti itu secara tahunan. Jadi, belum cukup setahun lagi.

Ammar umum berehat sejak tahun lalu.

"Dapat kitaran setahun itu, kita akan agihkan kepada semua yang sepatutnya dapat. Bagi saya, soalan macam ini sepatutnya dia boleh saja WhatsApp band untuk tanya.

"Sepatutnya dia boleh saja datang berjumpa untuk berbincang mengenai hal tersebut. Kali terakhir dia hubungi kami ketika beritahu nak berehat daripada kumpulan," katanya kepada mStar.

Aepul diminta mengulas mengenai kenyataan Ammar menerusi sebuah artikel di portal hiburan yang mendakwa agihan royalti untuknya dihentikan syarikat pengurusan sejak Ogos tahun lalu.

Sepatutnya dia boleh saja datang berjumpa untuk berbincang mengenai hal tersebut.

AEPUL ROZA

VOKALIS DRAMA BAND

Ammar memberitahu sehingga kini dia masih tidak mendapat penjelasan dan maklum balas kumpulan itu berkenaan dengan isu yang berlaku antara mereka.

Menerusi laporan mStar pada 1 Disember tahun lalu, Drama Band mengumumkan ketiadaan pemain gitar mereka pada persembahan Final Muzik-Muzik 34 disebabkan ingin berehat selepas berlaku perselisihan faham antara mereka.

Dalam pada itu, Aepul memberitahu isu itu boleh dibincang dengan cara baik memandangkan Ammar masih salah seorang ahli kumpulan mereka biarpun tidak mengetahui tempoh berehat yang diambilnya.

Selain Aepul, Drama Band dianggotai oleh Adib (gitar), Daus (bes) dan Faeez (drama).

"Perkara ini boleh diselesaikan dengan cara baik dan tak perlu pun nak gaduh-gaduh memandangkan kami semua tiada isu dengan dia.

"Sebab kalau ikutkan, dia masih ahli kumpulan. Tapi apa-apa pun, semua bergantung pada perbincangan selepas ini sebab buat masa kini tiada apa-apa keputusan lagi.

"Tapi jangan risau, kami akan selesaikan isu agihan royalti ini. Saya dan ahli kumpulan lain pun tak nak makan duit orang lain," ujarnya.

Drama Band, Aepul

Artikel Lain