'Belenggu Rindu' dapat sambutan, Jamal Abdillah sedia beraksi di AJL -“Tak kisah kalau kalah, janji nyanyi sepenuh hati”

Rancangan Jamal berduet dengan penyanyi baharu adalah untuk kembali aktif dan kekal relevan dalam aliran perdana.

PENYANYI Datuk Jamal Abdillah berkata formulanya berduet dengan Wany Hasrita dalam lagu Belenggu Rindu sebagai satu kejayaan apabila ia diterima ramai pendengar.

Menurut Jamal, 60, perancangan awalnya bergandingan dengan penyanyi baru nak up (BBNU) adalah untuk memastikan lagu nyanyiannya itu menembusi stesen radio tempatan.

"Itulah sebenarnya formula saya dan tujuan berduet dengan Wany dahulu iaitu nak masuk aliran mainstream (perdana).

ARTIKEL BERKAITAN: Alahai Jamal Abdillah, Wany Hasrita nyanyi lagu kitar semula? - “Buat apa nak marah, tiada istilah tiru karya sendiri”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya seperti jalani kehidupan baharu” - Jamal Abdillah seronok jaga anak, tak mahu keluar rumah

"Saya nak kekal berada dalam industri ini... anda pun tahu ada sesetengah stesen radio tak main lagu orang sudah lebih usia 40 tahun ini," katanya kepada mStar.

Jamal ditemui semasa majlis prebiu buffet Ramadan di Hotel Tenera Bangi, Selangor, baru-baru ini.

Jamal berbesar hati jika lagu Belenggu Rindu layak menyertai AJL.

Dalam majlis prebiu tersebut, Hotel Tenera menawarkan promosi istimewa tempahan early bird untuk pelanggan menikmati hidangan berbuka puasa dengan menyediakan 200 menu bertemakan warisan Melayu bersempena bulan Ramadan ini.

Sementara itu, ditanya adakah dia meletakkan impian lagu duetnya itu melangkah ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL), Jamal mengakui berbesar hati jika tercalon dalam pertandingan tersebut.

Jamal ditemui semasa pengenalan buffet Ramadan di Hotel Tenera, baru-baru ini.

"Kalau lagu itu mempunyai rezeki ke AJL, saya tak kisah dan bersedia untuk beraksi di pentas terbabit. Bagi saya, status sebagai penyanyi senior tidak menghalang saya untuk bertanding.

"Jika single tersebut ada rezeki terpilih, saya akan menyanyi dengan sepenuh hati serta memberikan persembahan istimewa untuk peminat.

"Saya tak kisah kalau lagu itu kalah pun, asalkan dapat bertanding memberikan yang terbaik mewakili komposer dan penulis lirik," katanya.

Memasuki tahun ke-41 sebagai anak seni, Jamal memaklumkan dia bakal mengadakan konsert berskala besar di Istana Budaya pada Ogos depan.

Jamal ada buah tangan istimewa untuk peminat bersempena ulang tahun ke-41 sebagai penghibur.

Dalam konsert tersebut, penonton akan mengimbau kembali kenangan daripada awal pembabitannya sebagai penyanyi.

"Tahun ini dah 41 tahun saya dalam industri, saya merancang untuk meraikan ulang tahun itu dengan mengadakan satu konsert berskala besar selama lima hari diiringi orkestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada Ogos ini.

"Sekarang ini sedang kearah persediaan konsert itu dan saya berhajat nak panggil beberapa teman-teman lama memeriahkan pentas yang pastinya akan mengimbau kenangan.

"Ada juga perancangan dan hajat nak bawa artis baharu dalam konsert itu nanti... apabila semuanya dah confirm kita akan beritahu kepada peminat ya!," ujarnya.

Wany Hasrita, Jamal Abdillah

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Hajiji angkat sumpah Ketua Menteri Sabah ke-16